Saturday, February 4

The Others: Kembara Amber Court

Setelah berminggu-minggu merancang bersama WUJUD Paranormal Team (WPT),
akhirnya terlaksana juga misi Kembara Amber ini. Terdahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada WPT yang sudi menjemput kami bersama mereka ke Amber Court, Genting Highland, Pahang.

Misi kami kali ini adalah ingin menjejak kisah seram yang sering menjadi bual mulut baik dari sang penyewa, pelancong, orang-orang sekitar mahupun yang hanya datang berkunjung, kesemuanya menceritakan perkara yang sama. Amber Court ini penuh misteri dan ada entiti !!













Menjadi tarikan buat The Others Clan untuk ke kawasan tanah tinggi ini bagi menyusuri cerita dan pengalaman di tempat itu sendiri.

Trivia
Amber Court merupakan sebuah kompleks apartment (bagi yang tidak tahu) yang mempunyai dua buah menara. Terletak di pesisir lereng The First World Hotel dan di tepi lereng itu ianya dibina di atas puncak. Tidaklah mudah untuk menjejakinya berikutan hanya 2-3 sahaja papan tanda yang meletakkan nama Amber Court ini, mujur ianya tidak jauh.

Pada waktu kunjungan kami, ada lebih kurang 10-20 apartment didiami oleh penduduk tetap yang merupakan pekerja-pekerja disitu dan ada yang menjadi milik orang persendirian. Manakala selebihnya masih dijaga dibawah Amber Court Service Apartments.













Misteri
Antara cerita-cerita popular di sini termasuklah cerita tentang sebuah bilik yang sengaja dikosongkan kerana dikatakan 'angker' dan berhantu. Jika anda search di internet, dengan mudah anda akan menjumpai cerita tentang bilik berhantu ini di dalam carian anda.
























Kejadian-kejadian misteri tentang bunyi air yang datang dari bilik tidak berpenghuni, pintu bilik diketuk oleh orang yang tidak diketahui, bunyi desiran tapak kaki di luar bilik. Kesemua ini ada diceritakan oleh mereka yang pernah mendiami Amber Court ini.

Melihat dari luar sahaja, dengan keadaan bangunan yang usang dan lusuh pastinya menyeramkan sesiapa sahaja. Namun, kisah sebenar masih belum diketahui kebenarannya.














Kembara
Setelah berbincang dan merancang kembara kali ini, Kami membuat keputusan untuk bergerak sendiri kerana kami tidak dapat menginap disitu (mengikut perancangan asal) bersama WPT. Jadi, WPT telah bermula awal dari kami dengan event mereka sendiri. Kami pula bergerak lewat kerana ada ahli-ahli kami terpaksa memenuhi kehendak hakiki sebelum menyertai kami.

Ikutilah jurnal perjalanan kami dan kami susuri dengan analisa dan juga ringkasan kejadian-kejadian penting ketika kembara kali ini.















Jurnal Kembara The Others Clan

Jam 2000
Kami telah mula berkumpul di RGK, Danau kota. Ianya merupakan base tetap kami untuk pengetahuan umum. Kami berkumpul awal bagi memeriksa alatan dan kelengkapan sebelum bertolak.
Jam 2130
Ahli terakhir kami telah pun sampai dan kami terus membuat taklimat akhir bagi tujuan keselamatan, pergerakan dan formasi.
Jam 2300
Kami mula bertolak mengikut Lebuhraya dari arah Gombak.
Jam 0000
Kami mula mendaki jalan ke Genting Highland. Memang mencabar dan diikut pula hujan lebat yang menyebabkan kabus naik dan tebal.













Jam 0145
Kami tiba di hadapan Amber Court. Setelah melalui perjalanan sukar berikutan kabus tebal dan penglihatan setakat 1 meter sahaja. Kami terus bersiap dan bermula dari arah Parkir Kereta di bahagian
Basement Level 1.
Jam 0215
Kami menyusuri Basement Level 1 sehingga ke level paling bawah dan keluar ke bahagian belakang berdekatan dengan Kotak Janakuasa Elektrik. Disini keadaan sangat sejuk dan kabus sangat tebal.
Jam 0300
Kami naik ke bahagian apartment dan bertemu dengan WPT. Selepas itu kami terus ke tingkat 23 dan pergi ke sebuah penthouse yang terbengkalai. Di sana kami mendapat view yang menarik dari bahagian atas Amber Court.













Jam 0400
Kami mula bergerak keluar dari Amber Court dan kami menggunakan jalan ke Batang Kali dan terus menuju ke Empangan Batu.
Jam 0500
kami tiba di Empangan Batu untuk berehat dan mengambil gambar sebelum pulang ke Kuala Lumpur.















Analisa
Sewaktu kami menuruni tangga ke bahagian basement yang paling bawah, keadaan sangat gelap berikutan kabus tebal dan cuaca sejuk menghalang penglihatan dan pendengaran menjadi terhad tetapi suasananya sangat seram dan mengujakan.

Di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik, keadaan juga sangat mencabar terutama apabila pintu hanya boleh dibuka dari dalam. Keadaan di bawah ini sememangnya menyeramkan tetapi kami tidak menjumpai apa-apa yang menarik perhatian kami.



































Setelah kami masuk ke bahagian apartment, keadaan masih lagi normal cuma lif yang seringkali rosak berikutan tidak selalu di servis. Di penthouse tingkat 23, keadaan rumah memang terbengkalai dan terpencil. Setelah berada lama didalamnya kami perasan suatu bunyi desiran yang kuat namun setelah diperhatikan ianya datang dari bunyi desiran angin dari luar yang bergesel dengan tingkap.














Tiada apa-apa kejadian yang pelik cuma sesekali ahli kami terperasan kelibat-kelibat bayang lembaga dan kami sememangnya berasa 'diperhatikan' tetapi tiada tanda-tanda bahaya.
Namun bagi 'guests' kami malam itu, ianya satu pengalaman menarik untuk menyusuri sendiri kawasan misteri dan dikatakan berhantu ini.



















"Seronok, tapi kami sentiasa berhati-hati" kata Fid, 22 (penuntut ipta)
"Sejuk sangat, tak nampak jalan tapi best" kata Kia, 24 (pekerja swasta)
"Gelap dan menyeramkan" kata Sophie, 21 (penuntut ipta)


Kami akhiri kisah kembara kami kali ini dengan lawatan ke Empangan Batu. Mungkin kami tidak bernasib baik kali ini, namun segalanya berjalan dengan lancar dan pengalamannya tidaklah sehebat cerita-cerita satira seperti yang didengari. Tepuk dada tanya selera!


20 komen:

kejap sgt....
apa2 pun mmg respek sbb korang berani...
tp mmg masa tu kejap sgt tu yg tak berapa nak dpt bukti....
just pendapat aku jer....
apa kata korang buat mcm stail Geng Ghost Adventure (Zak Bagans, Nick Groff ngan Aaron Goodwin)... baru daring sket....

dorg mmg nak tgk hantu...
but kami datang nak cari evidence kami maybe tak sama macam ghost adventure
tp kami sama dgn fact or fake paranormal

buang masa je.. terutamanya bagi perempuan.. tak harus pun

terima kasih atas pandangan positif, utk selain dari tu rasanya tak perlu pun

ambo ore klate and study upm. 1st time nek genting pada 09 april 2011 dengan geng2 rxz..bajet utk tidow just ade rm100 utk 6 orang.. and dikilentong punyer pasal,terpaksa la ke amber court..kitorang tidow dengan rase takut + cuak. tapi so far, unit kitorang tidow, (E5-17) okey..just sesekali dengar cam ade orang goncang gril pintu n bunyik cam orang jalan kaki floor depan bilik.bila bukak pintu, xde pom orang..so,nak kate takut pom,.begitu jer la..x takut??hrmmm,still cuak ag for next time. >_<

pegi ramai2 mmg la bnde tu xnk kua..dia malu..zzzz

aku pnh stay sni..tu pun sbb terpakse...hotel dh penuh..mula2 igt dpt tmpt best bila dh tgk..pergh memg sedey...klu x silap aku aku dpt tgkt 13..paham2 lah kan klu org cina no "13" tu no apa kn..so far mmeg x ader apa2 jdi..just bunyi lift asik terbuka tutup jer...yg aku igt msa aku tbagun tu kol 6 pg kot..tv 3 tgah azan subuh...lift tu trus x "main2" lagi smpi ke pgi...

prnh trsesat kat car park die(bawah tanah) jumpa kotak janakuasa. Ada 1 jam setengah cari jalan keluar dari car park tu. dudk tingkat 6, ingat lobi tingkat 1, so turun lagi. last2 lif rosak ke cmne ntah. cari jalan sendiri, naik turun tangga. cmtulh boleh sesat kat car park die. mule2 bercadang nak stay, tapi tgk keadaan bilik dan hotel juga lif yang asyik buka tutup, berhenti tingkat lain, berbunyi sendiri. kitorang ubah pikiran. waktu tu, kitorang je tetamu die, xde org lain melainkan pekerja dan staf2 die.

best r korg,..leh join x next time?

terima kasih atas perkongsian pengalaman anda semua.

Salam bro..tmpt sumber ko nk cte ni mmg style tp cre penceritaan tu agak formal la..n 1 lg, cer stay kt sne dlm 1 mlm utk dpt feeling tu..serius cte korg tlalu sket n xformal..huhu heads up bro~

Yg pegi ramai-ramai tu, memang la x de ape2..cuba sorang je jelajah hotel tu, yg lain stanby je kat bawah, kalau ade ape2 hal baru la yg lain dtg bantu, hehehe. Ade berani ke?

semalam bermalam di amber court, stay kat tingkat 23...bilik besar tapi kami berempat (2 dewasa, 2 kanak2 bawah 3 tahun). alhamdulillah tiada gangguan. nasib baik dah dicat baru....tak nampak berhantu sgt la.....

amber mmg dah di perbaharui dgn cat baru dan keselesaan baru, mungkin lepas reputasi nya tersebar di interner. buat pengetahuan umum, kami sememangnya mengadakan secara rondaan sahaja kerana group wujud yang bermalam di sana. tujuannya adalah melihat sendiri kebenaran cerita2 yg disebarkan. dan kami telah pun mendapat rumusan sendiri tentang tmpt ini dan kami kongsikan pengalaman kami, kpd yg tidak berpuas hati, mungkin lebih baik anda sendiri pergi kerana kami mmg tidak dpt memuaskan hati anda. tq...

1st time pegi genting and stay kat amber court..at that time mmg x ramai guest sbb bkn musim cuti..time tu x tahu pun kisah amber court,cuma keadaan tmpat tu agak creepy..pegi balkoni tgk keadaan sekeliling,rasa sgt sejuk dan tenang...tido nyenyak smp ke pagi.. :)

2 kali stay sana.. Time bujang dan dah kawin.. Time tu x tau ada kisah mistri.. Duk tit 13.. Suasana memang seram tp x dak apa yg berlaku.. Kalo wife tau memang mati hidup semula x mau duk sana...

Huiyoo.. Macam Seekers la korang.

Di sini ade links untuk beberape blog yang menceritakan pengalaman kat Amber Court:

http://thebellevida.blogspot.com/2011/05/ready-for-scary-story-my-stay-at.html

tq QLEOPh, jika anda membaca blog kami dari mula, anda mesti tau yg kami langsung tak sama dgn seekers

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...