The Others - Kembara ke Amber Court

Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang....

The Others - Balai Polis Lama Gombak

Balai Polis Lama Gombak ini terletak di batu berapa pun kami tak tahu. Klo korg tanya org tempatan pun mereka tak tahu or akan bg direction yg salah... jd kami terpaksa TAG kan sendiri tempat ni dgn beberapa landmark.

The Others - Shah Alam Trip

Kami mengambil keputusan pergi ke beberapa rumah tinggal di situ. Terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Kami berpeluang untuk masuk ke dalam memandangkan tiada sebarang objek yang menghalang dan tiada guard yang ditempatkan di situ.

The Others - Analisa Bukit Tunku

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dikutip daripada aktiviti kami dan terpulanglah pada pembaca untuk menilai kerana apa yang diceritakan betul-betul terjadi dan baru sahaja berlaku di Bukit Tunku

Monday, November 28

The Others: Kembara bersama WUJUD Paranormal Team [ Part 2]

Sambungan dari edisi pertama...

Balai polis lama gombak

Setelah kami turun dari Higland Tower, kami bergerak ke Gombak untuk ke lokasi seterusnya iaitu Balai Polis Gombak. Semasa dalam perjalanan kami berhenti di stesen minyak Shell (bukan nama sebenar) untuk mengisi minyak, di ketika ini lah mereka melihat kembali gambar2 yg telah diambil dan mereka menemui beberapa gambar yg dapat menangkap imej entiti. (Gambar-gambar tersebut akan disiarkan di post berlainan)

Kami menyimpannya dulu untuk kajian selepas ini. Kami bergerak masuk ke kawasan gombak agak laju memandangkan waktu yg telah lewat. Sesampainya kami di sana, kami telah berjumpa dengan satu lagi grup yg baru sahaja habis melawat kawasan itu. Lalu mereka menyertai kami untuk kali kedua.

Permukaan lantai agak basah kerana hujan renyai tp itu tidak menghalang kami untuk menjelajah ke dalam kawasan itu. Kami bergerak masuk dan berpecah mengikut beberapa kumpulan. Ada yang ke bahagian tepi dan ada yg ke bahagian dalam terus, sementara kami ke bahagian kawasan lapang rumah tersebut dan bergerak masuk dari belakang rumah.

Banyak juga perkara yang berlaku semasa pengembaraan tersebut tapi kami simpan untuk kredit pada team Wujud. Di sini kami sertakan gambar hasil sumbangan Hakeem.



The Others: Kembara bersama WUJUD Paranormal Team [ Part 1]

Salam

Edisi kali ini adalah satu edisi yg agak lama setelah lama kami menyepikan diri.
Rata-rata ahli kami kebanyakan sibuk dan terbeban dengan aktiviti hakiki masing-masing.
Dipendekkan cerita, kami telah dihubungi oleh saudara RB dan Seth dari kumpulan Paranormal WUJUD. Meraka telah menyatakan hasrat untuk bertemu. Setelah perjanjian dibuat, kami pun berjumpa di restoran NZ Wangsa Maju.

Kami telah berkongsi beberapa isu dan pandangan mengenai industri hantu ini. Wjud telah menjemput kami untuk bersama-sama dalam ekspidisi mereka sekaligus menunjukkan jalan untuk ke lokasi-lokasi menarik yang kami tahu. Setelah perbincangan dibuat kami, bersetuju untuk pergi ke dua lokasi, iaitu Highland Tower dan Balai Polis Lama Gombak.

"Ibarat org mengantuk disorong bantal" saya pun tidak tahu apa kena-mengena pepatah itu dengan edisi kali ini, namun kita iye kan ajela. Kami bergerak dalam jumlah yang besar iaitu seramai 18 orang bersamaan dengan 6 kereta. Lokasi pertama ialah ke Highland Tower.

HIGHLAND TOWER

Kami sampai ke situ dengan suasana yg agak suram, walaupun rim kereta saya telah tersangkut sesuatu yg tidak kami ketahui. Walaupun begitu 'sambutan'nya, tidak mengapa kami teruskan juga perjalanan kami.

Sesampainya kami dibawah, kami mula bergerak masuk, dengan Endi menjadi Leader dan Surfinv menjadi Lastman. Perjalanan kami ditemani dengan cahaya bulan terang jadi tidak menyukarkan kami untuk bergerak masuk. Dalam kumpulan kami terdapat banyak cameraman dan video.

Kami mula mendaki anak tangga ke tingkat demi tingkat. Di setiap tingkat kami berhenti untuk mengambil gambar rumah di dalamnya. Sedar tak sedar kami sudah ke tingkat 8, tinggal lagi 2,3 tingkat je nak ke tingkat plg atas. Di rumah ini kami berhenti dan berkumpul, sebelum Surfinv meminta cameraman mengambil gambar kawasan semak di bawah kami. So far, perjalanan kami selamat dan tidak diganggu dari mata-mata yg memerhatikan kami. Cuma sewaktu ditingkat 5 atau 6 (tak dapat dipastikan), kami berpecah kepada dua kumpulan, satu diketuai oleh Endi naik dahulu, dan satu lagi di ketuai oleh Surfinv naik mengikut tangga lain. Pada waktu itulah, kami terkeliru kerana kumpulan Surfinv mendengar suara dari bahagian rumah sebelah, kami menyangka itu adalah kumpulan Endi, tp sebenarnya kumpulan Endi ada di atas kami (tingkat atas). Mereka betul-betul mendenga suara itu tetapi kami mengendahkannya sahaja.

Selepas itu kami mula bergerak turun dan tiada apa-apa yang bahaya terjadi kepada kumpulan kami sehinggalah kami meninggalkan lokasi tersebut.


















Untuk makluman anda, gambar adalah sumbangan Hakeem dan Iphone nya.

Ini adalah ahli-ahli lain punya gambar.




Sunday, November 13

The Others: Photoshoot Mob TV Shooting

Salam,

Bersempena dengan penggambaran kami dengan Mob TV,
kami sertakan siri Photoshoot kami untuk para pembaca.
Tujuan kami hanyalah untuk berkongsi dengan para pembaca yang selama ini
banyak memberi sokongan kepada kami.

Ikutilah Siri photoshoot kami. Thx!


                FORMAL SHOT
Posing yang macam haram dari masing-masing














Still mereka tak pandai posing













Encik Nizam, Surfinv, Endi, Black, Encik X, Cik Produser, Aya, Ashes
Tambahan encik Ergo dan encik Sdf

















                                             KANDID

En. Nizam berjogging disitu haha


                                      DI SEBALIK TABIR


Temuramah bersama encik Sdf
Encik Sdf


                                           AFTER SHOOTING


Muka-muka yang keletihan

Encik Nizam menemuramah Encik Sdf

Our Cameraman





                                                     Finally,

                                                     Kami pulang

The Others: Di Sebalik Tabir... Kembara Rumah Misteri Kajang

Salam,

Edisi ini adalah edisi istimewa, ianya tentang pengalaman kami di sebalik tabir pembikinan dokudrama The Others oleh MobTV.
The Others Clan bersama Mob TV













Peringkat awalan

En. Nizam selaku Vj dari MobTV telah menyatakan hasratnya untuk memilih The Others untuk dijadikan salah satu segmen dalam rancangan dokudrama untuk MobTV. Beliau telah menghubungi En. Surfinv untuk berjumpa dan berbincang.

Setelah perbincangan awal dibuat. The Others telah memberitahu objektif kumpulan dan identiti sebenar The Others serta kedudukan kumpulan ini didalam aktiviti paranormal ini.
Manakala En.Nizam pula memberitahu tujuan dan rancangan beliau dalam projek ini.

Setelah bertukar-tukar pandangan, En.Surfinv memberi kata putus awal dan akan memberitahu semua ahli dalam kumpulan tentang hal tersebut.

Keputusan The Others

Kesemua ahli telah mendengar penerangan dari En.Surfinv dan taklimat daripada En.Nizam tentang perancangan MobTv dan The Others. Kemudian kesemuanya bersetuju.
Maka, perancangan dibuat oleh The Others untuk menjayakan segmen tersebut.

Perbincangan akhir sebelum memulakan kembara













Trivia Kembara

Untuk segmen khas ini, kami melakukan banyak research dan meminta pertolongan daripada pakatan2 kami yg lain, terima kasih kepada Sdf77 dan juga The Kitty Gang kerana telah banyak membantu.

Lokasi ini dipilih berdasarkan kesesuaian kawasan dan suasana untuk melakukan penggambaran. Ianya terletak di Kajang dan hanya itu sahaja maklumat yang dapat kami dedahkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yg tidak diingini.

Lokasi pertama - merupakan sebuah rumah lama dan usang dan dikatakan tinggalan seseorang yg ada kaitan dengan peristiwa hitam yang pernah menggemparkan negara sekitar 90-an.
Rekabentuknya ringkas, ianya adalah sebuah rumah 2 tingkat yg tidak besar tetapi mempunyai laman yang luas. Cerita tentang rumah ini seperti yg didengari oleh kami, di rumah ini pernah dijadikan tempat upacara pemujaan dan aktiviti perbomohan.

Gambar Lokasi pertama













Lokasi kedua - ianya rumah yang terletak bersebelahan (seberang jalan) rumah pertama, tetapi ianya tersorok disebalik rimbunan semak samun dan pokok-pokok rendang yang mengurai. Lokasi ini pada mulanya tidak diperasan oleh sesiapa tetapi telah disedari oleh En.Endi dan didalam rumah ini lah kami nampak bayang org dan suara berbisik yang memerhatikan kami.


















Lokasi ketiga - terletak kira-kira 200 meter dari rumah pertama dan kedua. Kami harus melalui sebuah kawasan tanah perkuburan dan tempat kami meletak kereta kami hanya kira-kira 50 meter dari pintu tanah perkuburan tersebut. Ianya merupakan sederet 7 buah rumah dua tingkat yang terbiar dan ditinggalkan. Kedudukan deretan rumah ini adalah disebelah hujung dan didepannya hanyalah sebatang jalan yang dihujungnya merupakan jalan mati.

Lokasi ketiga












Penjelajahan

Kami memutuskan untuk membawa krew Mobtv melakukan penjelajahan yang ringkas tetapi selamat dan sesuai dengan keperluan penggambaran. Kami juga membawa bersama krew beserta produsernya sekali menjelajah ke rumah-rumah tersebut.














Penggambaran

Kesemua penggambaran telah dilakukan secara langsung kerana ianya adalah kehendak MobTv juga untuk merakamkan aktiviti penjelajahan kami mengikut kebiasaan aktiviti kami.
Jadi kesemua rakaman adalah berlaku pada masa sebenar dan kami meminta agar shot2 tertentu dipotong.

Antara babak-babak yang dirakam semasa penggambaran termasuklah sewaktu The Others meeting, rakaman didalam kereta, taklimat sebelum pergerakan dan juga temubual di akhir penggambaran.

Keadaan ketika membentuk formasi











Misi bermula











Babak eksplorasi

Encik Endi memerhatikan pergerakan

Encik Endi memulakan pergerakan pertama





































Pengalaman dan komen The Others

Secara keseluruhan, kami, The Others seronok dan berpuas hati dengan projek ini. Kami berterima kasih kepada MobTV yang sudi merakamkan aktiviti kami dan penghargaan yang tinggi dari kami untuk pihak Mobtv.

Selain itu, kami juga seronok dapat bekerjasama dengan krew mobtv dan mereka juga memberikan kerjasama yang baik dan kebebasan sepenuhnya kepada kami.

Pergerakan di dalam rumah

Cik Produser memerhatikan penggambaran dari belakang

Penggambaran dari bahagian belakang

Encik Endi bergerak masuk berseorangan

Pergerakan di bahagian hadapan

























































Akhir kata

The Others mengucapkan terima kasih di atas pengalaman ini dan diharap di masa akan datang, banyak pihak lagi tampil untuk bertanya dan mengambil inisiatif seperti ini. Kami lampirkan juga gambar-gambar dari belakang tabir untuk tatapan pembaca. Sekian terima kasih dari kami The Others Clan.

Keadaan di lokasi











Tanah perkuburan
Encik Nizam dan krew Mob TV

Krew Mov TV





































Penghargaan

MobTV
dan
Krew-krewnya
- En.Nizam, Vj
- En.Iwan dan En.Fendi, Cameraman
- En.Producer dan temannya, sam

Sdf77 dan The Kitty Gang

Restoran Genting Klang

Cik Ashes. Wardrobe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...