The Others - Kembara ke Amber Court

Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang....

The Others - Balai Polis Lama Gombak

Balai Polis Lama Gombak ini terletak di batu berapa pun kami tak tahu. Klo korg tanya org tempatan pun mereka tak tahu or akan bg direction yg salah... jd kami terpaksa TAG kan sendiri tempat ni dgn beberapa landmark.

The Others - Shah Alam Trip

Kami mengambil keputusan pergi ke beberapa rumah tinggal di situ. Terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Kami berpeluang untuk masuk ke dalam memandangkan tiada sebarang objek yang menghalang dan tiada guard yang ditempatkan di situ.

The Others - Analisa Bukit Tunku

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dikutip daripada aktiviti kami dan terpulanglah pada pembaca untuk menilai kerana apa yang diceritakan betul-betul terjadi dan baru sahaja berlaku di Bukit Tunku

Tuesday, May 31

The Others Hiking: Air Terjun Sg. Gabai

Berkelah ke Air Terjun Sg Gabai

Kami berehat seketika dengan mereleasekan tension ke tempat perkelahan terkenal di Selangor, iaitu Air Terjun Sg. Gabai, Hulu Langat.
Lokasinya adalah sehala dengan laluan ke Sg. Congkak, satu destinasi menarik juga di selangor, cuma kelebihannya ialah air terjunnya.













Kami bertolak selepas subuh, kami mengikuti jalan lama ke hulu langat. Suasana ketika waktu subuh sangat indah ketika berada di situ.
Kami sampai ke simpang Sg Gabai pada pukul 7 pagi dan kami bersarapan di sebuah kedai nasi lemak dan roti canai di tepi jalan di situ.














Selesai bersarapan kami bergerak ke pintu masuk Sg Gabai. walaupun tersesat 2,3 kali tetapi kami berjaya juga sampai. Namun pintu hanya dibuka pada pukul 8.30 pagi. Jadi kami terpaksa menunggu seketika.

Program kami terencat seketika di pintu masuk ke Sg Gabai dek kerana kelakuan dan layanan penjaga / pekerja di situ sangat tidak mesra.
Kami hanya menanyakan waktu pintu dibuka tetapi dibalas dgn nada keras. Itu tidak mengapa lagi, sewaktu kami bergerak masuk, mereka mengenakan bayaran RM1 untuk setiap seorang.
Belum sempat kami menanyakan apa-apa kami telah ditempelak oleh Pakcik yg bekerja di situ.
Ikuti perbualan kami,

Pakcik: "Seorang RM1, ada bawa kamera tak? kalau ada satu kamera kena bayar RM5, kalau nak masuk, masuk kalau taknak pergi sg.congkak tak kena bayar apa-apa!" Dalam nada keras.

Kami: "Baiklah, tapi kenapa kena bayar RM5 untuk kamera?"

Pakcik: "memang undang-undang dia begitu, kalau taknak bayar, nanti sampai di atas kalau kami jumpa kami rampas. lepas itu kami hantar ke balai, nak ambil, ambil disitu!"

Kami: "Tapi takde tulis pun arahan itu, dulu kami pergi tak kena bayar pun.."

Pakcik: "Kamera mmg di caj rm5, kalau taknak bayar, pergi sg congkak percuma..nak masuk ke tak nak ni?"

kami: "kami tanya je sebab takde pun arahan yg kami nampak.."

Pakcik; "ini arahan JKKK, kalau tak percaya pergi periksa kat balai polis"

Kami pun bayar dan dengan perasaan tidak puas hati lalu kami pun jalan.

Kami tidak kisah dengan soal bayaran, tetapi berkecil hati dengan layanan pakcik tu, kenapa perlunya tengking-menengking? 
layanan yang langsung tak berbahasa, memalukan bangsa...
kami boleh argue kalau kami mahu tapi cuma kami malas kerana jika hendak caj sekalipun, 
letaklah papan tanda yg mempunyai arahan berikut. Kami pun manalah tahu yg kawasan tu sudah diselia oleh JKKK. Sudah pula begitu, kami mengomel bertanyakan tujuan bayaran itu, kami faham bayaran itu untuk kos penyelenggaraan kawasan rekreasi tersebut tetapi takkan nak buat papan tanda pun sampai guna beribu-ribu. Klise.

Sudah pula tu, kami pergi ke tandas untuk menukar pakaian. 
Hmm.. tak mahu cakaplah, kamu pergi sendiri dan tengok. Tak layak dipanggil tandas rasanya. 
Tapi itu sahajalah tandas yg ada dan yg elok sikit. Kalau tandas di atas pula lagilah, rumah hantu pun tak seram macam tu. Kasihan org perempuan, yg mana hendak mandi dan tukar baju ke sebelum balik mmg tak selesa, kerana pintu tandas tidak bertutup, jadi dari luar mmg boleh nampak mereka masuk ke dalam bilik-bilik kecil untuk mandi dan mereka juga terpaksa menggantung pakaian termasuk pakaian kecil di atas pintu sahaja.

Bagus kerja anda

Lihatlah sendiri kemudahannya yg 'sangat cantik'





















Baiklah, cukuplah dulu untuk kisah ngeri kami, kami sambung dengan kisah perkelahan kami.

Kami naik ke kawasan atas di tempat yg ada gelongsor batu dan menyiapkan kawasan rehat dan tempat masak. Seronok juga mandi-manda dan berkelah, makan burger, hot dog dan banyak lagi aktiviti kami buat.

Kami pulang sekitar tengahari dan kawasan tu makin ramai di kunjung org, mujurlah kami org pertama yang sampai.

Inilah sedikit sedutan gambar kami.



Dengan air yg dingin dan cuaca yg elok, mmg sgt sesuai untuk bermandi-manda dan menikmati suasana hijau yg menyenangkan. Tak ketinggalan mencuba gelongsor batu disitu tapi hati-hati anda mungkin boleh tercedara seperti bengkak di siku dan jika seronok menggunakannya, silalah beratur. Janganlah lepas anda, anda lagi, asyik anda sahaja, habis tu pengguna lain tengok sahaja ke?
Dan kalau bernasib baik, anda mungkin dapat berjumpa dengan kumpulan K-POP malaysia.












Dan jika ingin ke tandas, lebih mencabar. Anda akan terpaksa melalui jalan-jalan ini untuk ke tandas.


Dan inilah dia keindahan dan panorama dari Air terjun Sg. Gabai





dan ini pula adalah model-model sambilan yang kami jumpa di situ...



Thursday, May 19

The Others: Kembara Rumah Sec 3 Shah Alam

Kembara Bersama Guest

Kami berjumpa Sdf77 di Mcdonald Sek 3 Shah Alam. beliau sudah pun membuat research tentang lokasi yg bakal kami pergi sekejap lagi. Mengikut gambar yg ditangkap oleh sdf77 pada tgharinya, keadaan kedua-dua rumah yang terletak bertentangan sememangnya menyeramkan kerana keadaan usang dan terbiar bertahun-tahun. selain rupa rumah yang besar dan bersemak, kedua-dua rumah tidak mempunyai laman seperti kebiasaan yg dilihat di rumah-rumah banglo.

Mengikut cerita sdf77, rakannya yang menginap disitu memberitahu bahawa rumah tersebut tidak pernah didiami lebih daripada 10 tahun tanpa mengetahui sebabnya. Kami mengadakan taklimat ringkas dan penerangan kepada sdf yang akan bersama the others ke aktiviti kembara pada malam ini. Setelah itu kami bergerak ke lokasi yg tidak jauh dari situ. Kami pergi dengan dua buah kereta dan kami hanya berenam termasuk sdf77.

Barisan ahli pada hari itu:
Endi - Leader
Surfinv - Scanner
Ergo - Photographer
Black - Lastman
Ashes- Wheelman
Sdf77 - Guest

Setelah kami bersedia kami terus bergerak ke arah rumah pertama yang merupakan sebuah rumah banglo besar tiga tingkat. Kami sampai di hadapan pintu pagarnya yang berkunci. Endi mencari laluan masuk tetapi tidak berjaya. keadaan semak samun di sebalik pintu pagar hampir setinggi paras dada memberi makna rumah ini sudah tidak dikunjung org dalam jangkamasa terlalu lama. Surfinv mencari laluan di sebelah belakang tetapi di sambut dengan lolongan anjing di rumah sebelah. Jadi The Others terpaksa berundur seketika kerana tidak mahu menarik perhatian anjing dan juga jiran-jiran lain di sekitar rumah itu kerana itu adalah kawasan perumahan elit.

Setelah kami berpusing-pusing 2,3 kali di kawasan itu, kami kembali semula ke lokasi rumah tersebut.
kami berbincang semula dan memutuskan rumah pertama tidak boleh dimasuki kerana faktor keselamatan dan keadaan rumah tersebut. jadi kami terus sahaja pergi ke rumah kedua yang berhadapan dengan rumah pertama.

Rumah kedua merupakan sebuah rumah banglo tiga tingkat dan kelihatan seperti sebuah kompleks yang besar. sebaik sahaja kami memasuki laman rumah tersebut, kami dapati keadaan lantai yang bersih seperti disapu org. Endi memeriksa pintu rumah tersebut dan kecewa kerana dikunci dari dalam. Setelah beberapa lama endi dan faris masuk melalui tingkat bersebelahan pintu utama manakala selebihnya tunggu di hadapan pintu. Surfinv dan selebihnya pergi memeriksa pintu belakang rumah berkenaan dan kami bernasib baik pintu belakang tidak dikunci. Kami masuk melalui pintu belakang, sebaik sahaja masuk kami terus pergi ke bhgn ruang utama rumah. kelihatan sgt mewah dan rekaan dalamannya sungguh menarik. kami dapat lihat kolam renang di bina di laman belakang yang bersambung terus dengan ruang tamu.

Kami meneruskan pergerakan kami ke tingkat dua dan seterusnya tingkat paling atas. Di sana kami melihat rumah tersebut mempunyai sudut pandangan yang cantik, dari sebelah depan kami dapat melihat rumah pertama tadi dengan jelas dan dari sudut tepi kami dapat melihat masjid shah alam dan rumah tersebut mempunyai banyak tingkap. Setelah hampir 30 minit kami pun turun kembali dan keluar dari rumah berkenaan. tiada apa-apa yang kami temui dan kami hanya melakukan rutin biasa kami. Alhamdulillah perjalanan kami selamat dari sebarang bahaya. Ikuti video rakaman dan gambar-gambar yg diambil di rumah berkenaan.

Rumah pertama yang tidak dapat di akses

Rumah yang kami masuki














Pemandangan rumah  pertama dari rumah yang kami masuki

Pemandangan rumah  pertama dari rumah yang kami masuki


The Others: Kembara KL [ Part 2 ]

Jirat cina Jalan Mahameru

Kami terjumpa lokasi jirat ini secara kebetulan didalam kembara KL kami. Setelah kami melihat kawasan berkenaan kami terjumpa laluan kecil dari luar yang membolehkan kami masuk ke kawasan Kubur berkenaan.

Setelah taklimat ringkas dibuat, kami memulakan aktiviti ke kawasan kubur berkenaan. Kami hanya melakukan rutin sahaja di kawasan kubur berkenaan kerana tiada maklumat yang pernah kami dengar tentang rumah tersebut.

Ikutilah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan semasa aktiviti kami.






























 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...