Tuesday, March 15

The Others: Balai Polis Lama Gombak [ Part 1 ]

Okey, kita mula dgn info dulu.

Balai Polis Lama Gombak ini terletak di batu berapa pun kami tak tahu. Klo korg tanya org tempatan pun mereka tak tahu or akan bg direction yg salah... jd kami terpaksa TAG kan sendiri tempat ni dgn beberapa landmark.

Bermula dari jalan di simpang UIA, klo kanan kita akan ke UIA tp terus je, ikut jalan ke SKEM dan Muzium Orang Asli. Terus sahaja, dimana anda akan melalui tiga buah jambatan. Anda kena alert, klo terlepas, smpi ke genting sempahlah jawabnya.

Apabila anda smpi , perhatkan ada satu pokok tinggi yg lurus di tepi jalan, jika diperhatikan dgn betul, baru anda dapat, klo anda pergi pada waktu malam, pokok tu akan memantulkan cahaya cerah dr kereta anda.

Kalau anda tak perasan anda perhatikan seblah kanan anda , anda akan berselisih dgn kuil India. kalau anda jumpa maknanya anda baru shj terlepas rumah tu yg terletak di seblah kiri anda. jd anda kena pusing, dan lepas satu selekoh, rumah tu ada disebelah kanan anda pula.





























(The Others Diluar kawasan berkenaan)


Info Tempat

Dipercayai tempat ini merupakan sebuah Balai Polis Lama yg digunakan ketika zaman Komunis, Balai ini didirikan untuk membantu puak org asli yg tinggal berhampiran dari gangguan dan serangan komunis.

Jalan yg berhadapan pula adalah jalan lama KL-BENTONG. sebelum wujudnya highway karak dan highway gombak. Jalan ini adalah penghubung ke bentong, genting sempah. sekarang jalan ini hanya digunakan oleh Lori-lori dan pengguna yg nak cepat. Tapi jalan ni agak bahaya juga kerana sempit, bersimpang siur, ditepi gaung dan gelap.

Trivia

Kami mendapat maklumat tentang Balai ini, sewaktu Endi (leader) The Others, menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan bg produksi Seekers, Surfinv memberikan maklumat itu kepada Endi yg kemudian dipersetujuinya. Sewaktu Endi dan team Seekers smpi utk kali pertama di rumah ini, hujan renyai dan keadaan agak suram kerana sudah hampir maghrib. Selepas Krew the seekers mengambil gambar dan melakukan survey sebelum memulakan penggambaran, mereka berhenti rehat di Masjid batu 9 (or 11) . Sewaktu inilah Endi, melihat gambar2 yg diambil oleh Photographer Seekers, mmg terdapat byk entiti di dalam gambar tersebut. Antaranya pocong, hantu budak kecik, anjing, dan langsuir.

Tiba-tiba Photographer itu menyapa endi dgn menanyakan siapa endi, endi menjawab,
"Sayalah sukarelawannya"
"eh, Sepatutnya sukarelawan mana boleh tgk dulu, nanti awk jadi takut" kata Photographer
"takpelah bang, saya dah tgk dah pun, jadi nt saya pergi jelah..."

Tetapi malangnya, penggambaran terpaksa dibatalkan selepas seorang dari kumpulan Seekers yg mereka gelar Doktor tidak membenarkannya kerana entiti itu tidak mengizinkan mereka membuat penggambaran dan endi tidak pernah dipanggil lagi untuk menjadi sukarelawan seekers.

Sewaktu endi pergi, keadaan nya tidaklah seperti sekarang yg terlalu bersemak, kerana waktu itu masih kelihatan dua perigi yg terdapat di situ. Ini adalah gambar2 yg kami perolehi, dari stp sudut pandangan. Pada waktu mlm mmg sukar hendak mendapatkan gambarnya kerana terlalu gelap tempat ini.






Ni pandangan panorama dari bhgn pintu masuk dan hadapan..
seterusnya bhgian rumah, pandangan 360 darjah...




Setiap gambar yg kami ambil adalah lebih dari satu gambar, berdasarkan pengalaman2 lepas, setiap satu view ada lebih dari 1 gambar dan yg dipublish adalah gambar pertama dari setiap set.

It means, jika ada paper yg terdapat dalam salah satu gambar, kami akan post yg baru, so enjoy.

Gambar-gambar di bahagian dalam:












Bersambung..

28 komen:

sy rs tmpt ni cam pnh jd lokasi pgmbrn tuk a fews drama...(correct me if i wrong)

bukan drama... cari seekerz kat you tube ada

sebenarnye aku da pernah pergi dah..
time aku pergi ada orang tengah shooting untuk drama..
its true mmg The Seekers buat kat sini dulu...

shamz johan kenal shanz racing x???

knp x snap kat situ waktu mlm?

shanz racing yg jumpa kat NZ wangsa maju ri tu..

mana ada shanz racing? shamz adalah...

SMLM PG KAT HILLVIEW BUKIT ANTARABANGSA....BEST MEMANG BEST NAK TURUN TU MCM GERUN TAHAP ANJING....

SHAMZ NANTI UOLS BWT LA EVENT BEB....BRU BEST ARI TU KAT AMBER COURT KAT GENTING....TP KAN KLU NAK PEGI MSTY ADA ORG YG BERISI,MAKSUD AQ OWNG YG KUAT ILMU...KLU X NAHAS KORANG BEB...

simpang jln nye kt mane??aku penah lalu smpi sekolah memandu skem tu je...ke jauh lg?

Pangeran: dah dekat tu.. kalau malam kitorang perasan pokok yang dekat dengan jalan masok tu akan bercahaye kalau kene lampu kerete..

la ye ke....aku g siang...ssh la nk cari tpt...x le bwk slow...jln sempit,kete byk...hr tu nk cri simpang masuk nk g mimaland pn ssh...

klo gi siang mmg kengkadang terlepas.. so kena laert la.. klo dah jumpa kuil tu mmg kena patah balik lepas 2-3 belok rumah tu seblah kanan, rumah tu pun dekat corner gak

dekat area tmn permai tu ke simpang nye??

jauh lagi ke depan sampai ko nampak hutan2 je

baru lps lalu jln ni bru blik, sblum ni xpenah lalu lg..Alhamdulillah xde ape2. kuil sy jumpe tp xperasan pondok polis tu.dh tau mcm ni xlalu dh kot lps ni

dah masuk,berbeza dengan gambar yang diambil korang,maksud aku,keadaan sekarang balai polis tu bersih,kurang bersemak,tetapi berpalang dipintu masuk...keadaan didalam balai polis bersepah berbanding keadaan diatas...

Drama MELARIK AWAN. Pernah shooting disini pada last episode.

Kenape balai ni ditutup erk ???

Entiti tu pun bukan sebarang orang boleh jumpa. Ada juga orang orang yang entiti tu tak mahu jumpa.
Kumpulkan orang yang 'ngam', baru boleh rakam. Takkan korang nak bawak yang jenis2 Ahli Tauhid macam Imam Mahadi?. Lari lah Entiti tu.

Aku terkejut sorang seekers memarahi sorang Ustaz yang tak percaya pada kewujudan Entiti tersebut.
Aku kecil hati mendengarnya.
Sebenarnya begini; Ustaz tu percaya kewujudan Entiti tersebut tetapi Ustaz tu tak mempercayai Entiti tersebut untuk dijadikan sebagai kawan atau penaung. Simple je definisi PERCAYA ni.

mse lalu blik raya,jln highwaw jem,nmpk dr jln,area umah ni ke bwh sket,dkt2 koner jln.berlorong ke bwh.time tu dh senja nan merah.seb baik keta bnyk jg lalu.klau sorg2..errr

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...