Sunday, March 27

The Others: Kembara Ukay Perdana (Part 2)

KAWASAN TADAHAN HUJAN, UKAY PERDANA
Oleh Surfinv

Malam itu agak dingin, kami cuma berenam, Endi (leader), Ergo (Cameraman), Black (wheelman), Leeluv (2nd Camera) dan Ceempaka (Guest) beserta aku (Scan). Tempat ini dicadangkan oleh Ceempaka kerana dia beranggapan tempat ini seperti seram dan belum diekplorasi dari mana-mana pihak.

Kami sampai di sana setelah berbincang di Syed Restaurant, sesampai sahaja, Ceempaka menunjukkan tempat dia dan ayahnya berjogging suatu ketika dulu. Setelah itu endi terus membawa Ergo dan Black menonong ke laluan semak yang menuju ke arah hutan dan semak samun di depan kami.

Sementara aku ditugaskan untuk tunggu bersama leeluv dan ceempaka. Ceempaka memang menolak keras untuk turut serta kerana dia hanya bertindak sebagai penunjuk jalan sahaja. Kami hanya melihat sahaja sayup-sayup dari pandangan ketiga-tiga mereka hilang ditelan kegelapan malam. Suasana dan keadaan disitu mmg gelap, mujur Black membawa lampu suluh nyawa-nyawa ikan.

Setidak-tidaknya hanya Flash camera Ergo menjadi penunjuk aras jarak mereka dan kami bertiga diluar, tugas menunggu juga bukannya mudah. Didalam bidang ini tiada yg senang, kami semua sentiasa terdedah kepada bermacam risiko, itu sudah ku fahami dari dahulu lagi. Untung pengalaman menjadi guru dikala gelita jika tidak manakan mampu aku mahu melindungi dua gadis jelita bersendirian didalam gelap di tepi hutan semak samun.

Dalam beberapa minit, kelihatan mereka bertiga galak menangkap gambar di pelbagai arah lagak seperti ada keramaian. Aku memujuk mereka berdua turun ke dalam sedikit untuk mendekati mereka yang didalam tetapi ceempaka enggan. Setelah itu aku melihat mereka bertiga pun kembali kepada kami diluar, walaupun begitu perasaan keterujaan aku tidak dapat dibendung. Aku mahu berada disitu tetapi didalam kerja berpasukan, pasukan itu adalah keutamaan yg plg penting.

Gambar-gambar yang diambil:

















Can you spot something?

Still unnoticed?



Endi the leader































Thats All Folk!

3 komen:

ade mcm serigala je ...
http://3.bp.blogspot.com/-QQbjOoSS410/TY9H8_PdXTI/AAAAAAAAAOU/AOiyR4D32hs/s1600/DSC_0222.jpg

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...