The Others - Kembara ke Amber Court

Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang....

The Others - Balai Polis Lama Gombak

Balai Polis Lama Gombak ini terletak di batu berapa pun kami tak tahu. Klo korg tanya org tempatan pun mereka tak tahu or akan bg direction yg salah... jd kami terpaksa TAG kan sendiri tempat ni dgn beberapa landmark.

The Others - Shah Alam Trip

Kami mengambil keputusan pergi ke beberapa rumah tinggal di situ. Terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Kami berpeluang untuk masuk ke dalam memandangkan tiada sebarang objek yang menghalang dan tiada guard yang ditempatkan di situ.

The Others - Analisa Bukit Tunku

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dikutip daripada aktiviti kami dan terpulanglah pada pembaca untuk menilai kerana apa yang diceritakan betul-betul terjadi dan baru sahaja berlaku di Bukit Tunku

Saturday, February 18

The Event: Promo Kembara Amber Court















Saksikan Promo Kembara Amber Court. Post ini hanya iklan, nantikan video rakaman 
dari kembara Amber Court. Kami akan letakkan di ruangan 'Video'.
Di masa akan datang, kami akan sertakan sekali rakaman secara langsung dari
lokasi kejadian. Harap Maklum.

PROMO Kembara Amber Court oleh The Others Studio



TEASER Kembara Amber Court oleh The Others Studio

Saturday, February 4

The Others: Kembara Amber Court

Setelah berminggu-minggu merancang bersama WUJUD Paranormal Team (WPT),
akhirnya terlaksana juga misi Kembara Amber ini. Terdahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada WPT yang sudi menjemput kami bersama mereka ke Amber Court, Genting Highland, Pahang.

Misi kami kali ini adalah ingin menjejak kisah seram yang sering menjadi bual mulut baik dari sang penyewa, pelancong, orang-orang sekitar mahupun yang hanya datang berkunjung, kesemuanya menceritakan perkara yang sama. Amber Court ini penuh misteri dan ada entiti !!












Menjadi tarikan buat The Others Clan untuk ke kawasan tanah tinggi ini bagi menyusuri cerita dan pengalaman di tempat itu sendiri.

Trivia
Amber Court merupakan sebuah kompleks apartment (bagi yang tidak tahu) yang mempunyai dua buah menara. Terletak di pesisir lereng The First World Hotel dan di tepi lereng itu ianya dibina di atas puncak. Tidaklah mudah untuk menjejakinya berikutan hanya 2-3 sahaja papan tanda yang meletakkan nama Amber Court ini, mujur ianya tidak jauh.

Pada waktu kunjungan kami, ada lebih kurang 10-20 apartment didiami oleh penduduk tetap yang merupakan pekerja-pekerja disitu dan ada yang menjadi milik orang persendirian. Manakala selebihnya masih dijaga dibawah Amber Court Service Apartments.













Misteri
Antara cerita-cerita popular di sini termasuklah cerita tentang sebuah bilik yang sengaja dikosongkan kerana dikatakan 'angker' dan berhantu. Jika anda search di internet, dengan mudah anda akan menjumpai cerita tentang bilik berhantu ini di dalam carian anda.
























Kejadian-kejadian misteri tentang bunyi air yang datang dari bilik tidak berpenghuni, pintu bilik diketuk oleh orang yang tidak diketahui, bunyi desiran tapak kaki di luar bilik. Kesemua ini ada diceritakan oleh mereka yang pernah mendiami Amber Court ini.

Melihat dari luar sahaja, dengan keadaan bangunan yang usang dan lusuh pastinya menyeramkan sesiapa sahaja. Namun, kisah sebenar masih belum diketahui kebenarannya.














Kembara
Setelah berbincang dan merancang kembara kali ini, Kami membuat keputusan untuk bergerak sendiri kerana kami tidak dapat menginap disitu (mengikut perancangan asal) bersama WPT. Jadi, WPT telah bermula awal dari kami dengan event mereka sendiri. Kami pula bergerak lewat kerana ada ahli-ahli kami terpaksa memenuhi kehendak hakiki sebelum menyertai kami.

Ikutilah jurnal perjalanan kami dan kami susuri dengan analisa dan juga ringkasan kejadian-kejadian penting ketika kembara kali ini.















Jurnal Kembara The Others Clan

Jam 2000
Kami telah mula berkumpul di RGK, Danau kota. Ianya merupakan base tetap kami untuk pengetahuan umum. Kami berkumpul awal bagi memeriksa alatan dan kelengkapan sebelum bertolak.
Jam 2130
Ahli terakhir kami telah pun sampai dan kami terus membuat taklimat akhir bagi tujuan keselamatan, pergerakan dan formasi.
Jam 2300
Kami mula bertolak mengikut Lebuhraya dari arah Gombak.
Jam 0000
Kami mula mendaki jalan ke Genting Highland. Memang mencabar dan diikut pula hujan lebat yang menyebabkan kabus naik dan tebal.













Jam 0145
Kami tiba di hadapan Amber Court. Setelah melalui perjalanan sukar berikutan kabus tebal dan penglihatan setakat 1 meter sahaja. Kami terus bersiap dan bermula dari arah Parkir Kereta di bahagian
Basement Level 1.
Jam 0215
Kami menyusuri Basement Level 1 sehingga ke level paling bawah dan keluar ke bahagian belakang berdekatan dengan Kotak Janakuasa Elektrik. Disini keadaan sangat sejuk dan kabus sangat tebal.
Jam 0300
Kami naik ke bahagian apartment dan bertemu dengan WPT. Selepas itu kami terus ke tingkat 23 dan pergi ke sebuah penthouse yang terbengkalai. Di sana kami mendapat view yang menarik dari bahagian atas Amber Court.













Jam 0400
Kami mula bergerak keluar dari Amber Court dan kami menggunakan jalan ke Batang Kali dan terus menuju ke Empangan Batu.
Jam 0500
kami tiba di Empangan Batu untuk berehat dan mengambil gambar sebelum pulang ke Kuala Lumpur.















Analisa
Sewaktu kami menuruni tangga ke bahagian basement yang paling bawah, keadaan sangat gelap berikutan kabus tebal dan cuaca sejuk menghalang penglihatan dan pendengaran menjadi terhad tetapi suasananya sangat seram dan mengujakan.

Di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik, keadaan juga sangat mencabar terutama apabila pintu hanya boleh dibuka dari dalam. Keadaan di bawah ini sememangnya menyeramkan tetapi kami tidak menjumpai apa-apa yang menarik perhatian kami.



































Setelah kami masuk ke bahagian apartment, keadaan masih lagi normal cuma lif yang seringkali rosak berikutan tidak selalu di servis. Di penthouse tingkat 23, keadaan rumah memang terbengkalai dan terpencil. Setelah berada lama didalamnya kami perasan suatu bunyi desiran yang kuat namun setelah diperhatikan ianya datang dari bunyi desiran angin dari luar yang bergesel dengan tingkap.














Tiada apa-apa kejadian yang pelik cuma sesekali ahli kami terperasan kelibat-kelibat bayang lembaga dan kami sememangnya berasa 'diperhatikan' tetapi tiada tanda-tanda bahaya.
Namun bagi 'guests' kami malam itu, ianya satu pengalaman menarik untuk menyusuri sendiri kawasan misteri dan dikatakan berhantu ini.



















"Seronok, tapi kami sentiasa berhati-hati" kata Fid, 22 (penuntut ipta)
"Sejuk sangat, tak nampak jalan tapi best" kata Kia, 24 (pekerja swasta)
"Gelap dan menyeramkan" kata Sophie, 21 (penuntut ipta)


Kami akhiri kisah kembara kami kali ini dengan lawatan ke Empangan Batu. Mungkin kami tidak bernasib baik kali ini, namun segalanya berjalan dengan lancar dan pengalamannya tidaklah sehebat cerita-cerita satira seperti yang didengari. Tepuk dada tanya selera!


Wednesday, February 1

The Event: Kembara ke Amber Court, Genting Highland


The Event: Kembara ke Amber Court, Genting Highland

Tarikh: 4HB - 5HB FEB 2012
Lokasi: Amber Court, Genting Highland


Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang.

Terletak di kawasan emas Taman Tema Genting, dengan ketinggian lebih dari 100 kaki dan suhu sejuk di bawah 32 darjah celcius, kawasan ini menjadi satu tarikan buat kami untuk meneraju lensa ke destinasi seterusnya.

Buat teman sekongkol kami - WUJUD - pelawaan menyertai mereka tidak kami sia-siakan. Di samping kami membuka buku penjelajahan kami untuk 2012. Kami mengorak langkah ke tahap seterusnya untuk menggali dan mencari kisah-kisah mistik tanah air. Dengan kerjasama yang julung-julung kalinya bersama WUJUD, The Others bakal membawakan sesuatu yg berlainan dalam jelajah kali ini.

Keunikan

Destinasi kali setelah diamati dan dinilai, ianya memberi keunikan tersendiri, dimana pertama kali akan membuat liputan di kawasan yg masih didiami org dan ianyanya terletak jauh dari kawasan sibuk. Dengan tempatnya yg tinggi, sejuk dan malap sememangnya latar seram itu telah wujud dengan sendirinya.

Pada edisi kali ini, Kami membuka ruang untuk peserta (guest) yang ingin menyertai kami bersama menjalankan aktiviti penjelajahan. (sebelum ini kami hanya membawa seorang hingga dua org sahaja). Kami juga kan membuat 'Live Update di Fan Page, Twitter dan juga Live Video Streaming (di Blog Channel WUJUD) yang akan bersiaran secara langsung dari sana (Real Time). Di mana para pembaca berpeluang berinteraksi secara terus di kesemua laman sosial ini dan kami akan menjawab dari semasa ke semasa.

Aktiviti

* Live Update via Facebook & Twitter
* Live Video Streaming via WUJUD Blog
* Live Chatting

* Penjelajahan tempat (ke Hot Spot di seluruh bangunan ini)
* Voluntary Isolation (Oleh Wujud)
* Footage on-the-scene

dan mana tahu jika kami berpeluang membuat satu sesi belakang tabir? huhu :)

Kepada Sesiapa yang berminat untuk menyertai kami, anda boleh menghubungi kami di:
http://www.facebook.com/pages/The-Others-Clan-Mystic-Adventurer/354094601272632
atau hubungi kami di: 017-4327890 / 019-2924847

Kami mengenakan bayaran RM10 untuk tujuan penginapan dan RM10 untuk pengangkutan sekiranya anda tiada kenderaan. Tarikh tutup adalah Jumaat 3hb Feb 2012.


Ceritera Menarik Amber Court

- Bunyi air menitis di dalam tandas yg kering
- Bunyi tapak kaki berjalan dan memulas tombol pintu
- Bilik-bilik yang kosong tapi mengeluarkan bunyi pelik
- Pintu yang terbuka sendiri
- Penampakan lembaga pelik di sekitar kawasan itu terutama
  di bahagian parking di basement

  Bersama kita nantikan

Thursday, January 19

The Others: 2011 Review [Part 1]

Salam para pembaca...

Belum terlambat untuk kami ucapkan selamat tahun baru 2012.
Dengan tahun baru yang bakal memberikan lebih banyak cabaran, kami berharap segalanya makin lancar
untuk kami terus memberikan yang terbaik.

Ok. Post kami ini bukanlah berkisar tentang penjelajahan kami tapi berkisar tentang segala analisa dan pengalaman yang telah kami kutip sepanjang tahun 2011. Kami akan bawa anda menyoroti penjelajahan kami bermula dari jejak yang pertama sehingga sekarang. Di post ini kami akan letakkan gambar-gambar dan cerita ringkas untuk kita menyingkap kembali penjelajahan sebelum ini.

Kita pergi ke tempat pertama yang kami jejak, tempat ini seperti telah menjadi 'trademark' kepada kami.
Cerita yang paling diminati di blog kami dengan ribuan pautan dan berkedudukan pertama dalam senarai paling popular, apa lagi kalau bukan HIGHLAND TOWERS. Kisah yang senantiasa menarik hati pembaca untuk mengetahui tentangnya.

1) HIGHLAND TOWERS
Jalan Hillview, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur
















Antara pengalaman menarik di Highland Tower
(seperti yang diceritakan di forum Cari.com.my)
"Pertama kali kitorg pergi adalah beberapa tahun yg lepas, kami pegi 3 org.. sesampai shj di sana ada 2 grup lagi pun melakukan tinjauan juga, satu grup india campur cina, satu grup lagi dak2 melayu muda. waktu smpi grup dak melayu nk naik tp tak brani, kitorg just nk tgk je... bila smpi grup india+cina baru je turun dorg ada dlm 10 org, dorg kata bosan takde paper... tak seram langsung... seperti biasa anjing kat tepi rumah pertama tu menyalak tak igt dunia....tepat jam pukul 4.15 am... kami mendengar suara azan, kami berpandangan tetapi tak perasan paper... sbb sorg cina yg cakap tak seram tu dia trus je kata pas dia dgr bunyi azan tu. dia kata "dah subuh, antu melayu dah balik, marilah kita balik..takde apa lg" kitorg pun semacam akur sbb yelah dah subuh antu ape yg ada... wlopun masing2 tgk jam tak sampai subuh tp cam tak percaya dgn jam... and yg peliknya lagi... azan tu bermula dari "Haiyya Alas Sollah" dan tak habis pun.. nasib baik aku memberi perhatian pada azan tu.. azan tu sayup2 je...dan dtg dr arah tapak block 1 yg runtuh tu,.. knp aku memberi perhatian kerana setahu aku dr arah tu mana ada masjid...dan klo azan tu dtg dari masjid luar yg dekat flyover tu (masjid lembah keramat) agak tak logik kerana arah azan tu dtg dari arah bertentangan sedangkan blakang HT ni bukit...aku tak bg perhatian pada jam kerana aku suka cepat2kan jam hp aku so aku sendiri tak pasti waktu tu kul bpaer... so kitorg pun bersurailah dek kerana azan tadi,... sesampai aku di kawasan lepak kitorg... baru aku terperasan yg sebnarnya masih awal lg kerana jam baru pukul 5 lebih... sedang kami menunggu, kedengaran azan subuh...aku cakap dggn dorg, inilah kali pertama aku dgr azan subuh 2x..
Urban Legend 
Mengikut cerita2 org lama yg aku dptkan, HT sebelum dia runtuh, dia tertimbus sehingga ke tgkat 2, dek kerana tanah yg jerlus dan mendap... kemudian tower tu slowly collapse, that is the scene that give more thrilling to others yg tgk dari 2 block lagi tu...waktu block satu tu dah hampir senget, secara tiba2 ada sorg pakcik ni mengazankan block 1 tadi menyebabkan block tu hold dulu seblum collapse terus"


 Di antara pengalaman awal kami sebelum tertubuhnya The Others. Namun di sini kami sertakan kembali gambar-gambar yang dianalisa sepanjang penjelajahan kami ke sini.

Imej entiti "makcik bertenggek"
Imej "Orb berbentuk magician"

ada lagi 2,3 gambar tetapi anda semua boleh melihat post yang lain. 


2) RUMAH AMPANG
Pinggiran Ukay, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur

Kami saja je bagi nama Rumah Ampang sebab tak tahu apa nak dinamakannya. 
Terletak di tengah-tengah kawasan rumah besar-besar tetapi rumah ni ditinggalkan.
Dipercayai pemiliknya menggantung diiri didalam rumah ini kerana tekanan hidup.


 
Tidaklah banyak tetapi bolehlah sekadar untuk berkongsi. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...