The Others - Kembara ke Amber Court

Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang....

The Others - Balai Polis Lama Gombak

Balai Polis Lama Gombak ini terletak di batu berapa pun kami tak tahu. Klo korg tanya org tempatan pun mereka tak tahu or akan bg direction yg salah... jd kami terpaksa TAG kan sendiri tempat ni dgn beberapa landmark.

The Others - Shah Alam Trip

Kami mengambil keputusan pergi ke beberapa rumah tinggal di situ. Terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Kami berpeluang untuk masuk ke dalam memandangkan tiada sebarang objek yang menghalang dan tiada guard yang ditempatkan di situ.

The Others - Analisa Bukit Tunku

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dikutip daripada aktiviti kami dan terpulanglah pada pembaca untuk menilai kerana apa yang diceritakan betul-betul terjadi dan baru sahaja berlaku di Bukit Tunku

Monday, March 28

The Others: Analisa Ukay Perdana

Okey, dalam post ini aku bantu korg untuk review pic yg ada SWEET kat Kawasan tadahan hujan itu. So lihatkan macam mana korang di bawa menyoroti keseraman. Kebiasaanya, didalam satu gambar yang 'jackpot' pasti ada yg lelain juga 'kawan'nya. Kiranya macam, kalau 'diorang' nk tangkap gambar mesti ajak memember lain jugak bergambar sama...














Di dalam pic di atas, di tengah-tengahnya ada pokok dan perhatikan di sebelah kiri pokok, kelihatan satu lembaga seolah menyorok ke belakang pokok.

Kami igtkan itu adalah SWEET (pocong) yang sama pada Pic satu lagi, tapi ada yg mengatakan itu lebih kepada berupa gambaran 'Perempuan menggendong anak'.














Ini adalah pic 241, pic asal yg mempunyai dua penampakan selain Orbs ia juga ada penampakan Sweet.












Pic ini dah dipotong dari pic asal dan di eksploitasikan warnanya supaya lebih jelas. Cuba lihat.













Ini adalah pic yg hanya di CUT tetapi belum di ADJUST warnanya. Perhatikan kedua-dua entiti itu, pixel nya tidak berubah dan tidak pecah. Itu menunjukkan kedua-dua objek ini mempunyai 'body' atau jasad, beerti tebal dan mampat sehingga boleh mengeluarkan cahaya (color) yang kekal seperti daun dan objek lain di dalam pic tersebut.



Orbs























Detail untuk gambar pertama.















Ok dapat? ada byk faktor yg boleh mengganggu penglihatan semasa mengesan entiti di dalam gambar semoga analisa ini dapat memberi panduan kepada semua.


Artikel oleh Surfinv (The Others)

Sunday, March 27

The Others: Kembara Ukay Perdana (BONUS)

KAWASAN TADAHAN HUJAN (Bonus)

Seperti yang kami janjikan kami aka nada satu BONUS untuk semua. Kelihatannya tidak menarik mengenaki tajuk Tadahan Hujan ini kan?

Ok di bawah adalah dua gambar yg telah dipost mortem dan dikenalpasti berjaya mendapatkan imej SWEET yang berdepan dengan The Others dan kemudiannya berselindung di balik pokok.
















Ini adalah gambar besar dan gambar asal, jika diperhatikan di pokok yg tengah ada kelihatan sesusuk lembaga.

Click gambar untuk paparan lebih jelas
















Dan didalam gambar ini (yg dibesarkan dari gambar atas) kelihatan jelas kelibat SWEET di tepi pokok. Tiada bulatan diperlukan kerana penampakan terlalu jelas.

Click gambar untuk paparan lebih jelas
















Lembaga itu berlindung di sebalik pokok
















Gambar sekeliling

Percaya atau tidak? anda sendiri yang menilainya.

The Others: Kembara Ukay Perdana (Part 2)

KAWASAN TADAHAN HUJAN, UKAY PERDANA
Oleh Surfinv

Malam itu agak dingin, kami cuma berenam, Endi (leader), Ergo (Cameraman), Black (wheelman), Leeluv (2nd Camera) dan Ceempaka (Guest) beserta aku (Scan). Tempat ini dicadangkan oleh Ceempaka kerana dia beranggapan tempat ini seperti seram dan belum diekplorasi dari mana-mana pihak.

Kami sampai di sana setelah berbincang di Syed Restaurant, sesampai sahaja, Ceempaka menunjukkan tempat dia dan ayahnya berjogging suatu ketika dulu. Setelah itu endi terus membawa Ergo dan Black menonong ke laluan semak yang menuju ke arah hutan dan semak samun di depan kami.

Sementara aku ditugaskan untuk tunggu bersama leeluv dan ceempaka. Ceempaka memang menolak keras untuk turut serta kerana dia hanya bertindak sebagai penunjuk jalan sahaja. Kami hanya melihat sahaja sayup-sayup dari pandangan ketiga-tiga mereka hilang ditelan kegelapan malam. Suasana dan keadaan disitu mmg gelap, mujur Black membawa lampu suluh nyawa-nyawa ikan.

Setidak-tidaknya hanya Flash camera Ergo menjadi penunjuk aras jarak mereka dan kami bertiga diluar, tugas menunggu juga bukannya mudah. Didalam bidang ini tiada yg senang, kami semua sentiasa terdedah kepada bermacam risiko, itu sudah ku fahami dari dahulu lagi. Untung pengalaman menjadi guru dikala gelita jika tidak manakan mampu aku mahu melindungi dua gadis jelita bersendirian didalam gelap di tepi hutan semak samun.

Dalam beberapa minit, kelihatan mereka bertiga galak menangkap gambar di pelbagai arah lagak seperti ada keramaian. Aku memujuk mereka berdua turun ke dalam sedikit untuk mendekati mereka yang didalam tetapi ceempaka enggan. Setelah itu aku melihat mereka bertiga pun kembali kepada kami diluar, walaupun begitu perasaan keterujaan aku tidak dapat dibendung. Aku mahu berada disitu tetapi didalam kerja berpasukan, pasukan itu adalah keutamaan yg plg penting.

Gambar-gambar yang diambil:

















Can you spot something?

Still unnoticed?



Endi the leader































Thats All Folk!

Saturday, March 26

The Others: Kembara Ukay Perdana (Part 1)

Artikel oleh Surfinv
Foto oleh Ergoproxy dan Leeluv

Salam, pada edisi kali ini, The Others mendapat maklumat dari ceempaka yang telah sudi mengiringi kami untuk penjelajahan kali ini. Jelajah kali ini telah disertai dengan semua ahli The Others, ini telah menambahkan keterujaan kami untuk melakukan Explorasi Alam Sakti (Magical Scene Exploration).

Explorasi kali ini bertempat di Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengadakan taklimat ringkas sebelum pergerakan ke destinasi terpilih pada malam itu. Tujuan kami adalah ingin meninjau sebuah pangsapuri (apartment) kosong yang masih belum diduduki di kawasan itu.

APARTMENT SRI HIJAUAN
Inilah nama tempat yang kami jejaki, melalui maklumat seorang forumer di Cari.com kami mengorak langkah ke Alam Sakti seterusnya.

TRIVIA
Mengikut maklumat, apartment ini telah siap tapi masih belum dihuni berikutan tiada kelulusan CF daripada pihak berwajib. Lantaran itu, apartment 10 tingkat ini masih sunyi dan sepi walaupun tersergam di hujung kawasan penempatan baru Ukay Perdana.

SEJARAH
Ukay Perdana merupakan satu penempatan yang terletak di Ampang, berhampiran dengan susur masuk ke Kuala Lumpur dan dibangunkan oleh Ukay land sdn bhd. Kawasan penempatannya terdiri daripada beberapa buah apartment dan rumah teres bertingkat, antaranya Blossom Ville, Sommer Ville, Sri Hijauan dan bangunan perniagaan Spring Ville.

Apartment Sri Hijauan merupakan sebuah apartment 3 bilik dan 2 bilik air, dibina dengan keluasan 820 ekar serta dilengkapi dengan Dewan Serbaguna dan Pengawasan 24 Jam. Dahulunya, kawasan ini adalah hutan di persisiran Bukit Antarabangsa dan kini ianya telah dibuka kepada orang ramai untuk penempatan baru di kawasan sekitar.

Cukup untuk pendahuluan, kita berhenti disini, antara sebab-musabab The Others melakukan penjelajahan disini adalah kerana kurangnya kos (kerana dekat dgn kawasan kami) dan kami tidak mempunyai fund untuk melakukan tinjauan ke tmpt yg jauh, kami minta sesiapa yg prihatin atau yg ingin menjemput kami ke tmpt mereka sudilah kiranay menghulurkan sebarang dua bantuan terutama dlm bentuk kewangan yg perlu kami gunakan untuk kegunaan pengankutan dan komunikasi.

Antara sebab dan cerita urban legend setempat adalah penampakkan CIK PONTI berterbangan ibarat lelayang, penampakan PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG MENGGENDONG ANAK di kawasan apartment, penampakkan SWEET di kawasan belakang apartment dan bunyi-bunyi menyeramkan.

Seterusnya lihatlah melalui jurnal ekspidisi The Others.

Malam ketika kami tiba bersama Ceempaka, sebelumnya kami dibawah ke kawasan tadahan hujan disebelah bawah tapi ceritanya akan disusuli selepas ini di part 2. Setelah sampai di depan post guard, kami berasa sedikit hampa kerana tidak dapat masuk namun Endi pergi bejumpa dgn pengawal yg ada distu untuk meminta kebenaran, dengan PR yg dilakukan, kami Berjaya mendapat kebenaran masuk tetapi diiringi dengan suara-suara sumbang. Antaranya ;
“Kami tak bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berlaku, semuanya diatas tanggungan encik sendiri , okay?”
“Didalam ni mmg ‘ada’ dan mmg ‘keras’ jadi persoalannya berani ke? Sanggup ke?”
“Tak payah pergi jauh, blok depan ni pun cukup, tu pun klo berani la”
Mungkin rupa paras kami tidak kelihatan seperti Seekers, Mistik alam Hitam, VAMP, kumpulan pencari hantu sampai kami dipandang rendah sebegitu rupa. Taraf kami Underdog tapi itu semua tidak mengapa, alah bisa tegal biasa kerana kami telah diajarkan dengan perasaan merendah diri dan bersabar jadi itu semua tidak menjadi penghalang. Kami masuk dengan bisikan Bismillah..

Sejurus kami selesai taklimat dan perancangan kumpulan, Ceempaka menawarkan diri untuk tinggal walaupun risikonya lebih tinggi tetapi berbekalkan semangat dan pengalaman di KLCC, beliau sanggup melawan walaupun saya mempunyai sedikit slight concern terhadap keputusan itu. Bukan mahu menggalakkan dia masuk tetapi soal keselamatan wajib menjadi perkara pertama yg perlu dipatuhi, meninggalkan rakan sekumpulan berseorangan ibarat kaki melangkah kasut tertinggal hmm sungguh ironik perumpamaan yang diberi oleh saya.

Saya hanya mampu berdoa semoga ceempaka dalam keadaan sediakala apabila sekembalinya kami dari misi itu. Barisan The Others malam itu, (perlu saya terangkan untuk mengelak salah sangka) Endi-Leader, Surfinv-Scanner, Ergoproxy-Photographer, Black Zidar-Wheelman, Leeluv-2nd Photograhper dan Ceempaka-Guest. Sejurus langkah pertama kami mendekati Blok pertama berhampiran TNB, selesai Endi memberi kata dua kepada ‘mereka’ kami masuk dan seolah-olah tidak mula menyelami perasaan asing, perasaan alam sakti yang terasing dari dunia nyata. Berhampiran kawasan itu juga, sudah ada perasaan dan ‘benda’ yang mula mendekati sehinggakan endi dan ergo sudah dapat mengagak.

Perjalanan pada permulaan begitu mendatar, kami hanya berjalan terus dan berlagak seolah-olah tiada apa yg menghampiri kami, walaupun bayangan apartment itu seolah ingin menelan kami berlima. Kami masih mengekalka formasi berkumpulan dengan surfinv bertindak sebagai Last Man dan setibanya kami di Blok yg kedua dan melewati ke kawasan dewan, endi terus mengagak dan mendapat kawasan spot ntuk kami mula mengambil gambar, pada waktu ini, ergo terus melakukan tugasnya menangkap seberapa banyak gambar mengikut nalurinya dan arahan dari surfinv dan juga endi, kami menjelajah sehingga ke atas Swimming Pool, Surau dan belakang di kawasan semak.

Kami berpecah sementara endi membawa black pergi mengagak spot yg lebih tepat smbil ergo terus menekan picu kamera dan surfinv mengawal kesemua yang berada didepan mereka dan membiarkan leeluv cuba merasai dan menyelami keadaan semasa itu. Selepas seketika, kami berganjak ke blok kedua, disini kami memilih untuk berpecah kepada dua unit, endi,ergo,black melalui kawasan semak di belakang blok sehingga ke pertengahan blok manakala surfinv dan leeluv melalui jalan didepan blok menuju ke blok pertama. Sewaktu surfinv dan leeluv berjalan, surfinv merasakan nafasnya sesak dan berat beerti kedatangan ‘benda’ itu dalam kuantiti yg byk dan unit yg lain terus bergerak sambil mengamati pergerakan semasa ‘benda’ berkenaan.

Selepas itu kami bercantum semula di pertengahan blok dan bergerak bersama masuk ke tengah lorong blok pertama, masih lagi dlm posisi dan bergerak selari (bukan seperti bersiar-siar) didalm lorong ini sememangnya kami dapat merasakan aura keseraman tetapi kami tetap teruskan pergerakan dan rakaman berlangsung disepanjang perjalanan. Sewaktu tiba di salah satu pintu rumah di pertengahan lorong endi memberhentikan kami kerana rumah disebelah kiri telah menampakkan sesuatu kelibat.

Kami teruskan perjalanan sehingga ke hujung lorong berkenaan dan padan ketika ini secara tidak sengaja, kami berbaris dalam barisan melintang dan meninggalkan formasi asal. Surfinv yg terperasan cuba menoleh ke belakang dan dikejutkan dgn satu kelibat, lantas picu kamera ditekan sambil kamera dihalakan ke belakang oleh ergo. Endi pula memberitahu didepan kami di atas tingkap berhadapan dgn kami, kelihatan kelibat dan muncuung kamera dihalakan ke situ pula.

Setelah itu kami terus beredar dan keluar dari kawasan apartment kehijauan tersebut. Hati lega bercampur riang kelihatan di wajah ceempaka yg menyambut kami dengan senyuman, walaupun letih beliau memberitahu kami sudah pergi hampir setengah jam. Setelah mengucapkan terima kasih kepada ‘pasukan pengawal keselamatan’ kami pun beredar ke Ali Maju untuk  post mortem terakhir. Berakhirlah Kembara ke Ukay Perdana.

Inilah gambar-gambar yang dapat kami kumpulkan :












Adakah di sudut atas adalah Orb?

Kawasan TNB tempat kediaman SWEET?



Black Zidar sedang memerhatikan sesuatu










Penampakan orbs



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...