THE OTHERS CLAN




Pengenalan

Kami adalah sebuah kumpulan penjelajahan alam misteri dan sakti. Kami keluar dari kepompong kumpulan paranormal di dunia ini dengan pendekatan dan objektif kami yang berlainan.
Kami menyusuri kisah-kisah seram dan misteri di dalam masyarakat kita untuk menyelami dan mencari kebenaran selain melihat dan mengalami sendiri keadaan luar biasa di alam sakti.
Fenomena dan legenda menjadi permulaan langkah kami untuk mengharungi cerita di sebalik cerita.

Di sini kami berkongsi kisah penjelajahan kami bersama anda dan kami rakamkan suasana dan keadaan ditempat sebenar. Khas buat tatapan anda dan berkongsi pengalaman bersama anda semua.

Masyarakat di Asia terutamanya kaya dengan budaya dan kepercayaan sejak dari dahulu lagi.
Ianya menjadi tarikan buat kami untuk merakamkan setuntas lembaran dari lensa dan pena kami.

Sekadar mengutip cerita bersama dipapar jadi ilham untuk layar mendatang.

Sejarah

Kami bermula dari setitis pengalaman dan ilmu setelah disertai segumpal minat dan secetus perasaan ingin tahu lantas mencari alternatif dan motif untuk kami bergerak dan memilih langkah untuk seiringan bersama.

Bermula dalam 5-6 tahun terkebelakang, Endi dan Shamz hanya menyimpan cerita dan pengalaman buat satira ketika santapan. Setelah beberapa ketika, minat menjadi besar dan kemahuan harus diturutkan, bermula dari beberapa kunjungan 'santai' ke rimba-rimba misteri lalu membawa ke kota besi, berpuluh titi di seberangi mengutip pengalaman, dari destinasi ke destinasi sehinggalah terkumpul bersama.

Setelah membuat keputusan ingin bersama, tahun 2011 mencipta kejutan budaya di akar kehidupan, bersama dua lagi rakan taulan, Faris dan Shakil. Kami menubuhkan The Others.

Langkah makin panjang, nafsu makin membuak. The Others mengorak langkah pertama di dunia maya, pastinya kami di hentam semahu-mahunya. Begitulah fitrah manusia, tidak ada di depan mata.
Namun berpatah langkah bukanlah jalannya. Biar sumbang dek gelora, ke hadapan jualah destinasinya.

Beberapa jurang sempat diredah sebelum pahat di rata. Dua wanita menjadi yang pertama. Aya dan Zaza ikut serta menjadi pelengkap kepada kumpulan yang telah dinamai semula menjadi The Others Clan.

Langkah perlahan menjadi larian, larian menjadi lompatan, makin jauh bumi di pijak makin semarak hati di anjak. Bertambah sorak dan gempita dari luaran memberikan kami kekuatan. Berkembanglah sayap kami
dengan penyertaan beberapa lagi ahli tambahan yang bergerak secara sambilan. Ingin kami catatkan disini kepada Salehudin, Mont, Din, Ulil, Man dan kepada sekongkol kami, The Kitty Gang.

Beginilah kami sekarang dalam The Others Clan.

Identiti

Nama       - The Others Clan

Asal-Usul
                 - "The Others" bermaksud "Yang Lain"
                 -  Mewakili sesuatu (yang lain dari selalunya) dari tempat yang lain
                 - "Clan" bermaksud "kaum"
                 -  Bermakna "mereka" mewakili "sesuatu dari kalangan mereka yang lain"

Warna      - Hitam - Warna malam, mewakili kemisterian dan kebiasaan



Penafian:
The Others bukan kumpulan 'pemburu hantu', 'pencari entiti', 'pencari hantu' dan sebagainya.
The Others juga tidak mengamalkan amalan sesat seperti ilmu hitam dan amalan khurafat dan syirik serta menyalahi hukum-hukum agama.
The Others tidak menggalakkan atau menganjurkan aktiviti mencari hantu dan tidak terlibat dengan acara-acara tahyul.
The Others juga tidak mempromosikan aktivit-aktiviti berkait dengan pemujaan atau penyihiran
The Others tidak bertanggungjawab terhadap kesan-kesan yang dialami oleh pembaca setelah melayari blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...