Monday, January 30

The Others: Kembara Banglo Terbiar



TOC: KEMBARA BANGLO TINGGAL
Oleh Acha, Shamz

(Di tulis pada 22 Disember 2013)
(Di susun semula pada 29 Januari 2017)

Empat tahun lepas, The Others Clan (TOC) telah mengembara ke sebuah banglo terbiar yang terletak di Puchong.

Dua tahun kemudian, kisah kembara kami ada yang diselitkan dalam Filem PUAKA BALAI GOMBAK mula ditayangkan di seluruh negara.


Seperti biasa, kami mengadakan sebelum bergerak ke destinasi. Setelah segala persiapan dilakukan, kami terus bergerak menuju ke lokasi kembara yang terletak di Taman Tenaga, Puchong.
Trivia lokasi

Sesi kembara kali ini merupakan sesi latihan ataupun kami gelar mini kembara kerana sesi ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada dua ahli baru kami iaitu Ira dan Acha. Penting untuk kami membentuk persefahaman di antara ahli-ahli kami.

Kami pilih lokasi ini kerana faktor keselamatan tempat tersebut yang kurang merbahaya (daripada lokasi lain) selain tempat ini juga berdekatan dengan kawasan perumahan.

- Banglo terletak di lereng bukit.
- Satu jalan masuk/keluar yang terhadang dengan tembok
- Banglo yang agak mewah dan luas
- Mempunyai ruang terbuka di bahagian bumbung (view cantik)
Berikut adalah cerita tentang tempat ini yang kami kumpul daripada sumber yang boleh dipercayai

Banglo tinggal ini dipercayai milik seorang lelaki berbangsa cina. Dia dikatakan telah membina rumah ini lama dahulu (pertengahan 90an maybe) namun tidak siap dibina atas masalah-masalah yang tidak kami ketahui.

LALUAN masuk ke banglo.

Namun, dikatakan juga dia 'membela' dua ekor jin yang berupa hanuman (kera) yang ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut. Hal ini berkemungkinan benar kerana sewaktu kunjungan kami, kami menjumpai beberapa colok yang di bakar di tempat khas di hadapan pintu rumah ini. Menurut sumber lagi, rumah ini memang ditinggalkan terus oleh tuannya, sebab itulah ianya terus terbiar tersembunyi di atas bukit.

Menurut sumber daripada sebuah blog pula mendakwa, ada seorang lelaki cina gelandangan yang berteduh/menghuni disini. Dalam laporan mereka, lelaki tersebut juga mengaku ada gangguan sewaktu dia tidur di tingkat atas, namun dia tidak mengendahkannya, kami pergi bilik tersebut dan menjumpai barang-barang sembahyang (mengikut kepercayaan mereka) yang digunakan lelaki tersebut.
Kembara

Tepat jam 4 pagi kami tiba di banglo tersebut. Persediaan terus dilakukan sebelum bergerak masuk, Kami menyusuri denai yang bersemak-samun sebelum tiba di pintu hadapan banglo tersebut. Malam itu sedikit dingin akibat hujan renyai.

Pada pandangan pertama kami, banglo ini mempunyai struktur seni bina yang pelik.
Hal ini kerana, di tengah-tengah ruang tamu, anak tangga berpusar dibina yang menghubungkan dengan tingkat satu sempit dihujungnya dan bersambung dengan bahagian tepi bilik yang sempit, pastinya ia menyukarkan penghuni untuk mengangkat perabot ke tingkat atas.

Penghujung tangga di atas (tingkat satu) tidak bersambung tepat pada sudut luas, tetapi pusar tangga berada di tepi sudut yang berhadapan dengan sebuah bilik lain.

TOC di depan pintu banglo.

Banglo tiga tingkat itu mempunyai banyak lorong dan bilik, setiap biliknya tidak sama besar dan dari tingkat satu ada satu anak tangga kecil untuk ke tingkat tiga pula. Ianya bagaikan sebuah laluan rahsia di bahagian belakang rumah.

Posting FB hilang
Ketika kami sampai ketika tingkat dua, Ira (media) telah melaporkan pergerakan kami di Facebook page The Other Clan. Seperti biasa, kami akan memberi live feed mengenai pergerakan kami,

namun tiga post awal telah hilang, kami hanya menyedari apabila tamat sesi kembara. Ira mendakwa post tersebut memang telah masuk ke fanpage kami namun apabila dia melihat kembali hanya tinggal beberapa post sahaja. Kami tidak mengendahkan sangat hal itu, mungkin terjadinya masalah line (sambungan internet) atau human error.

Kami cuba menenangkan Ira, lagipun ini pertama kali Ira kembara bersama kami, adakalanya perkara-perkara pelik dan tidak masuk akal seperti ini sering terjadi. Hanya antara percaya atau tidak sahaja, tapi kami mungkin telah lali dengan pengalaman sebegini, jika tidak, tak paranormal lah!

IRA mendakwa tiga posting terawal hilang seolah-olah dipadam..

Ira diganggu lagi

Untuk pengetahuan pembaca, kami sentiasa bergerak mengikut formasi bagi memastikan keselamatan kami. Ketika sedang meninjau rumah tersebut, Ira mendakwa telah 'diusik' sesuatu.

Ira berkata, Ketika di tingkat 3, pinggang kiri beliau seperti dicakar sesuatu dan beg sandangnya ditarik ke belakang. Kami cuba meneliti hal tersebut berdasarkan formasi pergerakan kami, hanya Shamz dan Shak sahaja yang bergerak di belakang Ira, Shamz bertindak merakam pergerakan dengan kamera video manakala shak bertindak selaku lastman dan memegang lighting untuk kamera. Ketika kejadian itu, kami gagal merakam sebarang pergerakan yang didakwa Ira.

KELIBAT serta bayang disedari Endi namun gagal untuk merakamnya.

Pergerakan di rooftop

Ketika di tingkat tiga, pemandangan cantik daripada bumbung banglo tersebut. Di sini terletaknya ruang rehat terbuka. Ia mempunyai dua beranda bersebelahan dan menghadap arah bertentangan. Suasana di sini agak suram dan senyap. Endi menangkap pergerakan di sebalik rimbunan dahan-dahan pokok yang menjulur hingga ke tepi beranda. Beberapa kali kami juga seperti dapat mengagak apa yang diperhatikan Endi. Faris cuba membantu dengan memberikan flash dari DSLRnya dan sekali sekala menangkap ke arah yang ditunjukkan Endi. Namun, usaha kami gagal. Walaupun kami dapat memerhatikan pergerakan-pergerakan ganjil seperli kelibat bayang-bayang tapi tidak berupaya merakamnya.

KEADAAN di bahagian ruang tamu

Kami menjengah beberapa ruang dan bilik sebelum kembali ke rooftop. Tidak banyak kejadian-kejadian ganjil. Hanya sesekali kami mengesan lintasan bayang dan kelibat nakal. Sesekali kami sedar seperti ada yang mengekori dan memerhati pergerakan kami. Namun, syukur tiada apa yang buruk terjadi.

Tamat kembara

Tepat jam 4.55 pagi, kami keluar dari banglo tersebut dan menamatkan sesi Kembara.

Seperti kebiasaan, selepas kembara kami akan berbincang dan membuat post mortem.

Ira - bertugas sebagai media

Ira memberitahu tentang beberapa post tentang pergerakan kami yang dipost kan ke facebook The Others Clan telah hilang. Hanya terdapat 4 post sahaja iaitu:

'' Banglo tinggal lokasi kembara kami kali ini. Nantikan kisah selanjutnya......... – ira
" Kami baru saja melalu susur masuk ke banglo tinggal , suasana suram ... – ira

" Telah memasuki banglo tinggal.. reka bentuk rumah yg pelik....-ira
" Tepat jam 4:55 pagi team kami keluar dari banglo tinggal ...-ira

(post yang hilang adalah diantara post ketiga dan keempat)

Kesimpulannya, beberapa post ketika kami dalam kembara 'hilang' daripada posting keseluruhan kami.


Acha:

“Saya menangkap beberapa lintasan dan kelibat di luar kawasan banglo serta di atas pokok ketika berada di tingkat atas banglo"





Sebagai penutup, lokasi tersebut adalah lokasi sama yang digunakan dalam filem Puaka Balai Gombak. Dalam kembara kami, tiada apa-apa kejadian yang besar untuk kami rekodkan. Namun, cerita lebih menarik terjadi ketika penggambaran filem berkenaan.
Nantikan!


Nota: Jika para pembaca berminat menjadi 'guest' kami pada Kembara The Others Clan, anda boleh mengajukannya ke theothersclan@gmail.com. Anda juga dijemput berinteraksi bersama kami di facebook The Others Clan dan Forum Cari.com.my




0 komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...