Prolog
Beberapa
bulan yang lepas, The Others tak berapa aktif disebabkan sibuk dengan tugas dan
tanggungjawab masing-masing, kekangan masa menyebabkan kegiatan kami agak
terbatas.
Bermula
dari meeting
pertama untuk tahun 2013 yang lalu, Shak mencadangkan kami ke tempat
seperti asrama, hostel ataupun bangunan yang besar untuk kembara seterusnya.
Setelah beberapa research dilakukan,
hasratnya tertunai apabila Endi menjumpai sebuah apartment tinggal yang pernah
dijadikan hostel untuk pelajar kolej namun kini terbiar begitu sahaja.
Hasil
risikan dari masyarakat setempat, sememangnya ada kisah-kisah seram yang
diceritakan dan disampaikan kepada kami. Hal ini diperkuatkan lagi setelah kami
menjumpai artikel dan cerita daripada blog dan forum mengenai hostel tersebut.
Namun timbul tanda tanya mengapa ianya tidak terkenal seperti tempat-tempat
lain sebelum ini.
![]() |
Pandangan dari sisi. |
Walaupun
terletak hanya dipinggir bandar namun tidak pernah sekalipun kami mendengar
kisah mengenai tempat ini walau sudah tiga tahun kami menjelajah ke alam sakti.
Ikuti
kisahnya dalam...
Kembara Hostel
Tinggal
Seperti
'ada' yang memanggil kami untuk ke sini untuk kembara kali ini. Bermula dari
hasrat Shak, kisah-kisah hostel ini di internet, lantas kami rumuskan ianya
se'level' dengan tempat-tempat sebelum ini.
Seperti
kebiasaannya, kami mulakan dengan sedikit info mengenai hostel ini.
(kami menamakannya 'hostel' kerana ianya bekas penempatan pelajar beberapa kolej)
(kami menamakannya 'hostel' kerana ianya bekas penempatan pelajar beberapa kolej)
Hostel ini
merupakan sebuah bangunan pangsapuri yang mempunyai tiga blok bercantum dan
membentuk huruf 'U'. Blok tengah diapit blok kiri dan kanan memperlihatkan
seolah-olah kediaman para elit. Terletak di daerah pertengahan lebuhraya
lingkaran tengah (MRR2) pastinya sesuai dengan lokasinya sebagai sebuah hostel
kolej di bandar metropolitan ini.
Ianya juga
dilengkapi sebuah kolam renang yang dibina ditengah-tengah bangunan berkenaan.
Blok kiri dan kanan mempunyai 8 tingkat dan blok tengah, 11 tingkat (sumber dari forum) dan dua lif di blok
tengah manakala lif kecemasan terdapat di hujung blok kiri dan kanan.
Kisah Seram
Penulis
tertarik dengan kisah penjelajahan satu kumpulan yang menceritakan bagaimana
mereka sampai ke tingkat bumbung dan menjumpai satu tangki air yang mempunyai
kisah seorang wanita mati didalam tangki tersebut akibat diperdaya oleh
rakan-rakannya.
![]() |
Tangki air di tingkat 9 blok kiri. |
Mereka
menjelajah ke rumah-rumah di tingkat 7 dan 8 yang telah pun terbiar sejak 3-4
tahun yang terakhir pelajar-pelajar kolej mendiami hostel tersebut. Paling
menarik perhatian ialah kolam renangnya, kerana dakwaan mereka melihat kepala
timbul dari permukaan kolam renang.
![]() |
Kolam Renang yang bersemak-samun di laman hostel. |
Tidak perlu
rasanya kami menyenaraikan setiap cerita yang kami dengar dan baca, anda boleh
sahaja mencarinya di internet. Apa yang ingin kami kongsikan adalah pengalaman
kami pula di sana.
Ahli Baru
Pastinya
anda perasan gaya penulisan yang baru. Kami cuba memperbaiki mutu dan kualiti
penyampaian kami untuk memudahkan anda mengikutinya.
![]() |
Ira (kanan) dan Endi berbincang sesuatu. |
Pada
kembara kali ini, kami disertai seorang ahli baru yang membuat debut bersama kami. Pencarian ahli
wanita seperti yang kami war-warkan di blog akhirnya menarik perhatian, IRA
(bukan nama sebenar, jika nama sebenar pun kami peduli apa) seorang gadis yang tidak kurang hebatnya, mahu mencari pengalaman sendiri selain tertarik dengan gaya dan identiti
The Others Clan yang tak seberapa ini (merendah diri).
(bukan nama sebenar, jika nama sebenar pun kami peduli apa) seorang gadis yang tidak kurang hebatnya, mahu mencari pengalaman sendiri selain tertarik dengan gaya dan identiti
The Others Clan yang tak seberapa ini (merendah diri).
Meeting kembara telah
dijalankan dan diwar-warkan di fanpage facebook
The Others. Meeting ini tidak lain bertujuan untuk menerangkan serba sedikit
info tentang lokasi, prosedur keselamatan, role
dan persiapan peralatan.
Trip kali
ini disertai Endi (Leader), Faris (Photographer), Shak (Cameraman/Lastman),
Shamz (Scanner/Lastman) dan Ira (Media) juga penampilan istimewa dari Kak Ton
(Guest).
Formasi
angka genap ini susah untuk dipraktikkan namun kami memberi kepercayaan kepada
Ira untuk membentuk kerjasama dan persefahaman bersama kami, walaupun 'baru'
kami tidak beri muka kepada Ira.
Kembara Bermula
Taklimat
ringkas diadakan sebelum kami memulakan kembara malam itu.
Sabtu, 8 Jun 2013 telah dipilih untuk kembara ini.
Selain kami berenam, kami juga disertai Zaza, Mont dan Sdf yang memantau pergerakan kami (Timekeeper) serta memberi liputan 'Live Feed' untuk pembaca melalui saluran media kami (Facebook, Forum).
Sabtu, 8 Jun 2013 telah dipilih untuk kembara ini.
Selain kami berenam, kami juga disertai Zaza, Mont dan Sdf yang memantau pergerakan kami (Timekeeper) serta memberi liputan 'Live Feed' untuk pembaca melalui saluran media kami (Facebook, Forum).
![]() |
Endi 'membuka' jalan di lobi hostel. |
Ikuti
jurnal kembara Hostel Tinggal....
Ahad (9 Jun 2013)
Jam 0230
Kami sampai
di depan hostel/apartment dan sebelum masuk kami akan membentuk formasi
pergerakan dan pemeriksaan peralatan buat kali terakhir. Ira memberitahu bateri handphonenya habis dengan tiba-tiba.
(Selaku di posisi Media, Ira
bertanggungjawab memberi liputan langsung pergerakan kami melalui media sosial,
hal ini telah menyebabkan satu handphone yang bertindak sebagai camera footage
ditukar kepada live feed)
Jam 0240
Kami masuk
melalui 'pintu belakang'. Walaupun
ada forumer yang menasihati supaya tidak melalui pintu itu, namun kami
memikirkan ianya jalan keluar masuk yang paling selamat. Kami sampai di ruang
legar/lobi hostel. Suasana gelap, sunyi dan berair. Tidak berapa lama, Endi dilanggar seekor kelawar yang tiba-tiba
terbang ke arahnya.
Lobi. |
Jam 0250
Sedikit
gementar, mungkin kerana dah lama tak ke lapangan. Endi membawa kami menaiki
tangga di blok kiri (dipandang dari depan pintu utama). kami terus ke tingkat
tiga. keadaan masih terkawal namun kami tetap berhati-hati.
![]() |
Pandangan dari tingkat tiga. |
Jam 0315
Setelah
menangkap beberapa keping gambar, kami dapat membiasakan diri dengan keadaan
gelap dan sunyi di hostel itu. Sememangnya keselamatan paling utama berikutan fence (besi penghadang) tiada selain
jalan gelap. Kami sampai di tingkat 4. Endi cuba menukar arah lalulan dengan
pergi ke arah bertentangan, di sinilah kami masuk ke salah satu rumah secara
rawak. Kami menjumpai tempurung dengan
kemenyan dan gumpalan rumput kering di tengah-tengah ruang tamu. Kami amati
reka bentuk rumahnya lalu teringat cerita mengenai seorang budak yang entah
dari mana berlari dari dapur (bersebelahan pintu rumah) terus menuju ke tingkap
dan terjun (sumber dari forum).
![]() |
Pandangan dari dalam sebuah rumah. |
Jam 0340
Kami skip
beberapa tingkat dan terus ke tingkat 7 kerana mengikut ceritanya, 3-4 tahun
sebelum hostel ini ditutup, penghuninya sehingga tingkat 4 sahaja. Kami masuk
ke sebuah rumah dan membuat rakaman footage
untuk Ira dan Guest kami, Kak Ton.
Kami mengambil masa sejam hanya untuk
sampai ke tingkat 7.
Jam 0350
Kami sampai
ke tingkat paling atas blok kiri, dimana terletaknya kawasan tadahan air. Kami
melakukan tinjauan dan rest disitu.
Ada beberapa kejadian yang telah kami saksikan namun peraturan mesti dipatuhi,
tidak dibolehkan sesiapa mengumpat ketika kembara. Namun, ianya telah menarik
perhatian kami semua membuatkan kami lebih berhati-hati dan kerjasama kumpulan
penting untuk mengawal mood dan
mentaliti setiap ahli. Kak Ton, seketika kelihatan cemas, seketika letih tetapi
dengan guidelines yang diberi Kak Ton
tidak cepat 'melatah'.
Jam 0400
Kami keluar
dari kawasan tadahan air. Endi dan Shamz berbincang mengenai laluan seterusnya,
ini kerana Endi tidak menjumpai lif dan jalan untuk ke blok tengah dan laluan
terus ke bumbung (Tangki Air) tetapi Shamz memberitahu laluan tersebut ada.
Setelah berpusing-pusing seketika, Endi menjumpai lif di blok tengah dan
tangga, Kami terus menaiki ke tingkat seterusnya.
![]() |
Lif. |
Jam 0410
Kami kini
berada di tingkat 11. Keadaan makin suram, kami semua perasan makin tinggi
makin suram dan makin mendebarkan. setiap tingkat yang kami lalui makin
menyeramkan namun kami diamkan sahaja. Sewaktu berada di pertengahan tingkat 11
(antara tingkat 11 dan bumbung), kami bersedia untuk naik tiba-tiba kedengan
dengan jelas, bunyi kepingan atap di telangkupkan. "Praangg!!. Keadaan gelap membuatkan bunyi itu kedengaran jelas. Shamz merasakan bunyi itu
dari lobi, namun yang lain tidak sependapat, mereka merasakan bunyi itu dari
tingkat atas. Kami padamkan semua lampu untuk menjejaki bunyi tersebut.
Seminit, dua minit, sunyi... Ira berkata itu adalah 'warning' untuk kami supaya tidak meneruskan niat ke bumbung. Endi
juga kelihatan cemas dan memberi isyarat untuk bersedia turun tetapi Shamz
mahukan kami semua terus bergerak ke atas, lalu sedikit perbalahan timbul.
Shamz dan Endi memutuskan untuk berpecah, Shamz bersama Faris, Shak naik ke
tingkat atas manakala Endi membawa Ira dan Kak Ton turun dan tunggu satu tingkat
di bawah mereka.
Shamz,
Faris dan Shak bersedia untuk naik, Endi, Ira dan Kak Ton sudah pun menuju ke
bawah, Sewaktu Shamz tinggal lagi selangkau anak tangga sebelum sampai ke
tingkat paling atas, kedengaran jelas bunyi dentingan besi, seperti 'seseorang
memukul batang besi' , bunyi "Taanng!!" membuatkan semua terpaku
sejenak. Endi lantas memberi isyarat pull
off dan Shamz segera faham dan turun kembali.
Namun sebelum kami turun kami cuba
untuk merakam dan menangkap seberapa banyak gambar dari celahan tangga.
Perjalanan
turun dari tingkat 11 benar-benar mencabar, kami terpaksa bergerak dengan kadar
cepat tetapi perlahan-perlahan dan meminimumkan bunyi dan cahaya. Kami berasa seolah-olah dikejar
oleh sesuatu. Dalam suasana cemas itu, kami tidak sedar kami telah sampai ke tingkat
berapa, dalam kekalutan tersebut, tiba-tiba Ira terpaku kerana ternampak lintasan lembaga hitam di pintu kecemasan.
Bukan Ira sahaja, rupanya Faris, Shamz juga nampak namun kami terus bergerak turun
walaupun keadaan Ira tidak stabil kerana terkejut, Ira hilang kawalan badan
sebelum berjaya ditenangkan sambil kami memimpinnya turun ke bawah.
Kami
berjaya sampai ke tingkat bawah, Endi terus membawa Ira dan Kak Ton keluar manakala
Shamz terus membawa Faris dan Shak ke depan Kolam renang untuk mengambil gambar tetapi Shamz terlihat
'sesuatu' dan memberi isyarat kepada Faris dan Shak supaya pandang ke bawah
sambil menghala kamera dan videocam ke arah kolam renang. Selepas itu, kami
terus bergegas keluar melalui pintu belakang tadi.
Jam 450
Kami
berjaya keluar dengan selamat. Alhamdulillah, kembara kami berjalan lancar walaupun tidak dapat menghabiskan hingga ke tingkat teratas namun ianya satu pengalaman menarik
![]() |
Kolam Renang. |
![]() |
Kolam Renang (tangkapan dari atas). |
![]() |
Permukaan lantai yang berair. |
![]() |
Lorong-lorong yang gelap dan sunyi. |
![]() |
Beranda yang ditumbuhi semak samun. |
![]() |
Penthouse di tingkat 9. |
![]() |
Kawasan tangki air. |
![]() |
Unit-unit rumah yang kosong. |
![]() |
Celahan antara blok. |
![]() |
Blok hostel. |
![]() |
Aksi Ira. |
![]() |
Pandangan dari atas. |
![]() |
Pandangan dalam sebuah rumah. |
![]() |
Item pelik yang kami temui. |
![]() |
The Others Clan |
PENAFIAN: Kami tidak menyatakan atau mencadangkan bahawa tempat-tempat berikut adalah berhantu. Pembaca berhak membuat penilaian sendiri. Kami tidak bertanggungjawab diatas segala kesan yang dialami pembaca. Kami hanya menceritakan pengalaman kami ketika di tempat kejadian, tiada sebarang penambahan cerita, unsur-unsur negatif dan cerita palsu.
copyright@theothersclan2013
19 komen:
Ni apartment yang menempatkan student2 KUIM, Cybernatics, KYPM ngan PTPL kan? Nampak gaya memang haunted to the max. Sayang, apartmentnya cun , lokasi bagus, tapi ada gangguan. Nway, great writings and can't wait for next posting.
Ada candangan la bro, since ko dh pernah wat kembara mistkus kat S.Alam. Apa kata pegi ke satu lagi lokasi mistik budak S.Alam panggil Kolam/Tasik Air Kuning. Lokasi dia dalam Bukit Cherakah, tp ada satu lagi access melalui perumahan seksyen 8. Biasanya tu tmpt org memancing haram, tapi menjelang maghrib semua pakat balik sebab ramai dah pernah terserempak entiti2... selamat mengembara.
hahaha tempat ku bermain satu ketika dahulu...
ermm aku duk aparment nie dkt 2 tahun area plg angker tgkt 11... tgkt len ok jer tym aku duk hahahaha
penah duk situ 2 tahun. mcm2 perkara pelik n seram berlaku.
Sy x-stdnt CICT pernah ddk kat apartmen ni sekitar thn 2004-2005.ms 2 ddk kat tgkt 8 bilik.Hati kena kering
Perghh...Terbaeek aa crew The Others Clan. Time aku dok situ so far x de lak kes2 horror yg berlaku sebab bdk2 umh aku yg kebanyakannya 'Setan2' belaka. FYI, mula2 kitorg dok Level 10. pastu kene pindah g Level 8. Both house yg kitorg stay x de pape gangguan pon. Except umh member ak kt Level 9. ade kene kacao skit dak umh die. mcm Hysteria gitu. ak pernah sama2 baca Yassin kat umh diorg & tdo skali kt situ. Mlm yg ak tdo tu x de la ak nmpk pape tp ak dpt rasekan mcm ade sesuatu je yg x kene kat umh tu. Tp, yg peliknye, bdk2 umh membe aku ni semua bdk2 baik n alim. x mcm budak2 umh ak yg majority 'setan2' belaka. dan ak wat kesimpulan, mende mistik ni suke kacao org2 yg alim n baik2 je. yg 'setan2' ni, 'diorg'(mende mistik) pon takut kot. mende ni semua berlaku pd thn 2002(11 years ago).
zullars - cadangan yang baik. klo bleh tlg ceritakan lebih detail tentang tempat tu ok juga, jemput masuk ke FB kami atau ebrborak di forum cari.
Nnt aku cuba riki lokasi sebenar. Cuba hang search dlm googlemap, seksyen 8, Shah Alam. Lokasi tasik/empangan/kolam Air Kuning tu bleh masuk ikut Jalan Jaluran 8/3. Masuk melalui Jalan Tengku Badlishah 9/21, berdekatan ibu pejabat polis kontingen Selangor, seksyen 9. Tasik ni connected dengan tasik kat dalam Bukit Cherakah tu. Ada info lanjut aku roger kat sini.
http://3.bp.blogspot.com/-phOwIdql5RY/USGWbAgRgXI/AAAAAAAACqw/U8EDQ4-IIuk/s320/IMG-20130217-WA002.jpg
Ni gambaran lokasi di Empangan Air Kuning. Port memancing siang hari, malam hari entiti berkeliaran. Credit to pemilik blog mancing (http://fatininana.blogspot.com/)
zullars: rasanya pernah nampak ade satu team pegi tempat ni.. tak silap team mazidul.. menarik jugak..
blog yg bagus...teruskan pencarian anda...aku terus menyokong blog ni...
teringin nak join TOC , boleh?
Salam The Others Clan
Terima kasih atas respons yg diberikan pada admin page ini,saya admin dari group "The Origin" FatalFrame merangkap ketua kumpulan tersebut,Faisal Awiengs.
Berkenaan cadangan saudara/i tentang jemputan untuk menyertai kembara bersama kumpulan ini amatlah dinanti2kan oleh saya terutamanya sbb ahli kumpulan kami telah berpecah,so biasaanya saya bergerak solo atau join group lain.
So,dengan ini saya menerima jemputan kumpulan ini untuk menyertai kembara bersama.
Apa2 boleh beri respon semula pada page kami ataupun fb saya- https://www.facebook.com/faisalawiengs
boleh. sila pm kami atau pun emel kan saja kepada kami.
Ada alamat untuk lokasi hostel tu tak?
Ada alamat untuk lokasi hostel tu tak?
hostel tu sekarang dah berubah wajah. menjadi kondominium yg harganya melebihi 1/2 juta. Memang familiar sgt area situ.. dulu, masa zaman kanak2 selalu lalu jln besar sebelah blok hostel tu.. tapi tak sangka, haunted sebenarnya. Kalau nak cari sekarang, mmg totally berubah wajah. Just need to google Ampang Resident. (nama baru blok hostel yg kini telah berubah menjadi kondo)
شركة كشف تسربات المياه بسيهات
شركة الماسة لمكافحة الحشرات بالدمام
Post a Comment