The Others - Kembara ke Amber Court

Seperti di tajuknya, ramai yang tertanya-tanya di manakah Amber Court ini. Amber Court Apartment Services adalah merupakan salah satu khidmat sewaan apartment yang terdapat di Tanah Tinggi Genting (Genting Highland) di Pahang....

The Others - Balai Polis Lama Gombak

Balai Polis Lama Gombak ini terletak di batu berapa pun kami tak tahu. Klo korg tanya org tempatan pun mereka tak tahu or akan bg direction yg salah... jd kami terpaksa TAG kan sendiri tempat ni dgn beberapa landmark.

The Others - Shah Alam Trip

Kami mengambil keputusan pergi ke beberapa rumah tinggal di situ. Terdapat sebuah rumah banglo tinggal. Kami berpeluang untuk masuk ke dalam memandangkan tiada sebarang objek yang menghalang dan tiada guard yang ditempatkan di situ.

The Others - Analisa Bukit Tunku

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dikutip daripada aktiviti kami dan terpulanglah pada pembaca untuk menilai kerana apa yang diceritakan betul-betul terjadi dan baru sahaja berlaku di Bukit Tunku

Friday, April 22

The Others Hiking: Bukit Broga

Salam
Edisi kali ini agak berbeza dari sebelumnya. Ini kerana kami The Others mencari kelainan. Takkan asyik nak pergi tempat hantu je ye tak? Jadi kami pilih untuk membuat aktiviti yang dah lama kami tinggalkan haha. Kesihatan harus dijaga juga. Kalau sakit nanti susah. Jadi kami telah memilih untuk membuat aktiviti hiking ke Bukit Broga.
























Trivia Bukit Broga

Lokasi

Broga atau Beroga adalah sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga ialah di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

Muka bumi Broga

Jalan menuju ke Broga berliku-liku yang mempunyai selekoh maut di mana-mana. Pandulah kereta sekitar 50 km/j sahaja jika berada di sini. Namun begitu di sinilah terletaknya projek perumahan berprestij yang dinamakan Taman Tasik Semenyih.

Asal nama Beroga

Nama Broga diambil sempena nama Sungai Beroga.
Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu raksasa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.

------------------------------------------------------------------------

Jadi pada pagi itu, kami telah bertolak ke Bukit Broga pada subuh hari untuk melihat matahari naik katanya. Kami mengikuti jalan MRR2 menuju ke Kajang dan masuk ke simpang Kajang. Setelah itu kami mengikut jalan menuju ke Semenyih. Selepas melalui Semenyih, anda akan nampak papan tanda simpang ke Broga di sebelah kiri. Masuk sahaja simpang kiri tersebut anda akan melaui jalan bengkang-bengkok dan anda akan dapat lihat Kolej Notthingam di sebelah kiri dan anda terus sehingga sampai ke kawasan ladang kelapa sawit dimana anda akan nampak banyak kereta diletakkan di tepi jalan. Kesemuanya hendak mendaki bukit Broga.

Setelah meletak kenderaan, kami pun bergerak masuk ke kawasan ladang kelapa sawit. Perlu diingatkan anda perlu ke tandas sebelum sampai ke situ kerana di sana tiada tandas awam. Selepas melakukan senaman ringan pemanas badan, kami mula bergerak menuju ke kaki bukit.

Memang ramai yang mendaki pada hari itu, maklumlah hari minggu memang tempat itu menjadi tumpuan terutamanya kaum cina dan juga penggemar fotografi.

Kami menyusuri kaki bukit bersama berpuluh-puluh orang yang turut serta mendaki. keadaan muka bumi di Broga memang curam dan ini melambatkan pendakian kami kerana selain tanah liat yang licin, kami juga susah untuk mencari tanah yang rata. Mujurlah kehadiran ramai pendaki menghilangkan rasa letih sebaliknya menambahkan rasa seronok dan teruja.

Setelah kira-kira 35 minit berlalu, kami tiba di dataran pertama. Di situ sudah ramai yang berhimpun untuk mengambil gambar matahari naik dan juga pemandangan dari tanah tinggi. Sungguh ramai orang seperti pasar malam. Kami juga tidak ketinggalan mengambil beberapa shot-shot menarik dan juga bergambar bersama pedaki lain seperti bersama pendaki Korea.

Setelah puas bergambar, suhu menjadi semakin panas kerana dataran pertama memang terbuka dan pancaran matahari tepat ke arah kami. kami meneruskan pendakian ke arah puncak broga. Kami berhenti di beberapa tempat menarik untuk bergambar. Kami juga sempat bertukar-tukar gambar dengan pendaki lain dan juga bertukar blog untuk mereka melihat shot kami dan kami juga dapat melihat foto kami yang diambil mereka.

Kami berhenti disatu kawasan untuk berkhemah untuk mengambil gambar dan pada masa ini, kasut Ergo telah terkoyak dibahagian tapak. Ini menyebabkan Surfinv dan Black sahaja yang meneruskan pendakian sehingga ke puncak broga, Endi dan Ergo terus turun ke bawah.

Sampai di bawah puncak Broga, pendakian menjadi lebih curam dan susah. Surfinv dan juga Black juga tidak memakai kasut yang sesuai telah menyebabkan pendakian bertambah susah tetapi alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke puncak haha. Surfinv dan Black berjaya juga untuk sampai ke puncak dan bergambar di atas batu yang paling tinggi.

Walaupun penat tetapi berbaloi kerana misi telah berjaya.

Ini adalah gambar-gambar yang sempat untuk kami rakamkan sebagai kenangan bersama pembaca. Terima kasih kerana memberi sokongan sehingga ke hari ini. Kami juga perlukan rehat hehehe jadi cuti sekejap ok...


















Melihat matahari naik di Broga

------------------------------------------------------------------------

Puncak Bukit



















Thursday, April 21

The Others: Analisa Bukit Tunku

Sedutan untuk Kembara Bukit Tunku


Analisa Bukit Tunku


Salam kepada semua pembaca

Artikel ini adalah analisa untuk kembara Bukit Tunku.
Selepas kami habis Kembara kami telah mengadakan Port-Mortem untuk kami berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing dan apa yang didapati daripada aktiviti kami.

The Others

line-up

Endi - Leader
Ergo - Cameraman
Aya  - 2nd Cameraman
Surfinv - Scanner
Ashes - Guest
Black - Wheelman
Ulil - Lastman


*untuk catatan pembaca, kami sentiasa bergerak mengikut susunan di atas.


Pengalaman The Others

Kami ingin berkongsi pengalaman yang dikutip daripada aktiviti kami dan terpulanglah pada pembaca untuk menilai kerana apa yang diceritakan betul-betul terjadi dan baru sahaja berlaku.

Endi

"Saya merasakan sesuatu yang lain ketika ingin mula memandu ke destinasi"

"Saya ikut naluri untuk memilih rumah pertama dan juga rumah kedua, selepas berbincang dengan rakan sepasukan kami bersetuju untuk memulakan aktiviti Kembara"

"Sewaktu menuruni anak tangga di rumah pertama, saya nampak bayang-bayang seorang wanita berambut panjang selepas bayang Ashes dan saya juga mendengar bunyi yang tidak menyenangkan. Selepas itu saya dan Ergo mendapati satu gambar seperti gambar orang berbaju putih dan saya menyuruh ergo mengambil gambar tetapi tidak dapat. Sesampai sahaja di rumah B, saya telah posisi bertukar dengan Ulil kerana saya tidak sedap hati. Sampai di satu bahagian, saya melihat ada sesuatu objek dibaling ke arah bahu Aya dan kami mendapati ianya sebatang pen tapi kami tidak ketahui dari mana datangnya pen itu. Ketika kami mahu keluar, Surfinv meminta saya dan ergo menunggu dahulu untuk mengambil gambar pintu rumah dari arah dalam dan pada ketika ini kami mendengar bunyi "aaahhh" seperti bunyi mendengus, saya dan Ergo terus berganjak keluar dari rumah tersebut"

Ergo

"Rumah yang kami pergi ini adalah rumah bedal kerana kami tidak tahu kedudukan spesifik rumah-rumah ini dengan keadaan kedua-dua rumah menyeramkan,rumah pertama seperti sudah ditinggalkan leih dari 10 tahun dan rumah kedua lebih menyeramkan kerana keadaannya berlumpur ditutupi semak-samun"

"Ketika kami masuk pada rumah pertama, semuanya baik pada awalnya sehinggalah sewaktu hendak keluar saya mendengar bunyi seperti orang bercakap, saya ingatkan bunyi itu datang dari sebuah post guard lebih kurang 20 meter dari rumah itu tetapi bila dipastikan post guard itu tiada orang hanya lampu sahaja dinyalakan.
Di rumah kedua pula,keadaan rumah sangat teruk dan semasa di tingkat atas sekali, saya pergi ke tepi tingkap untuk melihat keadaan kawasan sekeliling dan ketika itu saya ternampak satu lembaga hitam bergerak sekilas pandang.


Aya


"Bahu saya telah dibaling pen oleh 'seseorang' yang tidak diketahui"

"Rumah pertama tiada apa-apa yang saya perasan dan selepas itu di rumah kedua saya terperasan benda yang kelihatan putih-putih. Setelah kami sampai ke satu bahagian di rumah kedua, bahu saya telah dibaling dengan pen, balingan itu sangat kuat sehingga saya merasa sakit dan saya terus berpaling ingin melihat siapa yang membalingnya tetapi semuanya kelihatan biasa dan tiada orang yang mengaku membaling pen tersebut. Pen itu tidak bertutup dan kelihatan buruk, di belakang saya, Surfinv, Ashes, Black dan Endi. Hanya Black dan Endi sahaja yang perasan tentang pen tersebut. Didalam perbincangan kami selepas itu, ketiga-tiga mereka tidak perasan kecuali Black yang terperasan ada satu tangan orang yang berbadan besar dan berbaju putih membaling sesuatu kepada Aya. Surfinv hanya terpandang pen tersebut dilantai setelah saya berpusing kepadanya."


Surfinv

"Keadaan rumah sangat usang dan kami banyak 'diperhatikan' dan diusik"

"Kami main bedal je rumah yang kami pergi ni kerana kami dah lupa mana rumah yang pernah kami pergi dulu. Dekat rumah pertama, ada beberapa 'benda' yang berada diluar rumah memerhatikan kami. Ketika kami ingin keluar, saya memegang sebatang rokok yang tinggal suku, saya melajukan langkah menuju keluar, sampai saja di luar, rokok itu tinggal filter nya sahaja. Sewaktu di rumah kedua memang keadaannya teruk dan terasing dari jalan. Ketika saya ingin keluar saya merasakan ada 'sesuatu' yang mengikut dari belakang, saya meminta Endi dan Ergo untuk tunggu dan mengambil gambar pintu masuk dari dalam dan kami mendapati satu dari dua gambar mempunyai orbs"

Ashes

"Memang tersirap darah sewaktu melihat 'benda' tersebut tetapi saya cuba berfikir positif"

"Rumah pertama tidak ada rasa apa-apa, ketika kami berkumpul di luar rumah, saya terpandang 'sesuatu' memandang ke arah kami, saya terus menyuluh ke arah 'benda' itu kemudian benda itu menyorok dibelakang pokok. Saya terkejut tetapi saya terus menganggap itu cuma plastik untuk menenangkan diri. 'Benda' tersebut berupa seperti seorang wanita bertudung putih dan di bahagian mukanya hitam. Rumah kedua saya tidak mengalami apa-apa cuma sewaktu masuk saya hampir terjatuh ke bawah kerana laluannya sangat bahaya."


Black Zidar

"Keadaan Rumah memang bersemak dan agak menyeramkan"

"Masa rumah pertama, di tingkat bawah saya terdengar suara garau di sebuah bilik kosong. Di rumah kedua, agak menyeram dan lebih 'scary' dari rumah pertama. di rumah itu, saya terperasan Aya dibaling dengan pen tetapi tidak dapat dipastikan siapa kerana mengikut formasi, hanya Endi di belakang saya tetapi pada waktu tersebut Endi di tepi saya dan saya melihat seperti seseorang berbadan seperti Endi memakai baju putih tetapi Endi memakai sweater merah."

Ulil

"Ceritanya berjalan-berjalan...."


"Permulaan masuk tiada apa-apa, sebelum kami menurun tangga, saya telah merasa bahu saya berat seperti ada orang duduk. Di rumah kedua, saya bertukar dengan Endi, sewaktu didalam rumah selepas kami turun ke tingkat tengah saya terus ke luar kerana tidak perasan ada satu tangga untuk ke tingkat bawah, Endi terus mengambil alih untuk ke tingkat bawah. Saya pula berseorang di luar kerana tidak mengetahui mereka telah masuk ke dalam, sewaktu berseorang saya telah melihat sesuatu di semak di bahagian luar rumah, bentuknya kecil seperti hantu raya"

------------------------------------------------------------------------

Analisa gambar

RUMAH A

















 Perhatikan kedua-dua gambar tersebut (click untuk besarkan)

























Setelah kami amati gambar diatas, ianya hanyalah bayang daun yang membentuk wajah manusia.
















Adakah ini UFO?
------------------------------------------------------------------------


RUMAH B


Orbs kelihatan di gambar pertama sewaktu kami sampai ke rumah kedua































Jika anda perhatikan gambar-gambar yang lain, mungkin anda akan terjumpa sesuatu...


Sekian

Tuesday, April 19

The Others: Kembara Bukit Tunku II

Salam,

Ini adalah sambungan daripada Edisi pertama.

RUMAH B
 
Selepas kami keluar dari Rumah A, kami berpusing-pusing mencari rumah lain disekitar Bukit Tunku. Setelah beberapa kali berlegar-legar, akhirnya Endi telah terperasan sebuah rumah yang tsangat tersorok.

Walaupun kedudukan jalan dan rumah hanya beberapa meter tetapi keadaan rumah yang sudah di tutupi semak samun telah mengaburkan pandangan dari luar. Dari pintu masuk telah kami pastikan yang Rumah ini memang tidak mengalu-alukan kedatangan kami.

Pintu masuknya yang sudah ditutupi semak samun dan ranting-ranting pokok menyebabkan kami terpaksa membuat 'jalan' sendiri untuk masuk. Kembara kali ini telah di ketuai oleh Ulil dan Endi bertindak sebagai Lastman. Waktu kami masuk sahaja, kami telah berada di tingkat paling atas.
Saudara Ulil telah membawa kami menyusuri lorong-lorong di dalam rumah itu. Rumah B ini lebih seram daripada rumah A tadi kerana keadaan sangat gelap dan terselindung.


Sewaktu kami menyusuri lorong-lorong rumah ini, Cik Aya telah 'diusik' oleh 'seseorang', apakah dia? Kami akan ceritakan dalam edisi analisa nanti. Sekarang kami akan unjukkan gambar-gambar yang didapati dari rumah B.


Saksikan.....


















Keadaan di tepi jalan berhampiran Rumah B
















Saudara Ulil mengetuai The Others




















Gambar-gambar di dalam rumah B
























Di bawah adalah gambar pintu masuk rumah tersebut dari arah dalam.
Perhatikan perbezaan kedua-dua gambar.















Didalam Rumah B ini kami telah banyak 'diusik', mungkin kerana rumah ini belum pun dieksplore oleh sesiapa sebelum ini.

apakah yang telah mengusik kami? Nantikannya didalam edisi Analisa.

Sunday, April 17

The Others: Kembara Bukit Tunku

Edisi Bukit Tunku

Pada edisi kali ini, The Others Clan telah memilih Bukit Tunku sebagai lokasi kami. Bukit Tunku dikenali di Kuala Lumpur sebagai satu Bukit yang menempatkan rumah-rumah orang yang berada dan berstatus. Jika kita pergi ke sana di waktu siang, kita akan dapat lihat banyak rumah-rumah besar (org-org kaya). Di sana juga terdapat banyak rumah-rumah besar yang ditinggalkan dan terbengkalai.

(sila lihat - http://en.wikipedia.org/wiki/Bukit_Tunku )


Jadi ikutlah jurnal kembara kami..

KEMBARA BUKIT TUNKU

Gambar Hiasan
















12.00 am

The Others Berkumpul untuk makan-makan dan taklimat pergerakan oleh Encik Endi. Kami memeriksa persediaan dan kelengkapan sebelum bertolak.

1.30 am

Kami mula bergerak menaiki dua buah kereta. Kay dan Endi menjadi pemandu dan kami mula menyusuri Jalan raya Kuala Lumpur di waktu dinihari. Kami bergerak ke simpang Bukit Tunku melalui Damansara dan bila kami memasuki kawasan Bukit Tunku, Endi memberitahu yang kami tiada target mana-mana rumah kerana memang kami tak tahu pun rumah yang mana satu. Jadi kami memutuskan untuk mencari mana-mana rumah yang kami jumpa di sepanjang Kembara kami ke Bukit Tunku.

Setelah beberapa ketika, kami berselisih dengan satu rumah kosong yang hendak dijual. Kami lalu berhenti untuk memulakan Kembara kami.


The Others














RUMAH A

2.00 am

Rumah ini merupakan rumah banglo lereng yang hendak dijual. Lokasinya tidak dapat kami pastikan. Keadaan rumah ni di lereng bukit dan ada tiga tingkat (yg kami perasan )


Selamat Datang

















Ikutilah gambar-gambar di dalam rumah tersebut:









The Others













 
Bilik Pembantu di tepi rumah




















Di atas adalah keadaan didalam rumah tersebut. Kepada pembaca sila lihat dan amati gambar-gambar tersebut dahulu kerana di dalam post seterusnya kami akan memberikan analisa pada gambar-gambar kami.

Seterusnya





















Selesai kembara ke Rumah A di Bukit Tunku.
Seterusnya kembara ke Rumah B di post atas.

Sesiapa nak beli?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...