TRIP BERSAMA THE KITTY GANG
Salam
Pada edisi kali ini, kami menjemput The Kitty Gang untuk turut serta bersama kembara kami.
Kami berjumpa di Syed Bistro seperti biasa dan sebelum kami memulakan kembara malam itu, Majlis dimulakan dengan mesyuarat ke Mimaland. Dimana kami memutuskan untuk tidak meneruskan Kembara ke sana kerana banyak faktor penting yang perlu dipatuhi.
Setelah sesi suaikenal yang diketuai oleh Encik Black Zidar, majlis diteruskan dengan taklimat insurans oleh Encik Endi dan taklimat penerangan dan keselamatan oleh Encik Surfinv.
The Kitty Gang terdiri daripada saudara Kernet, Kim, sepupu Kernet, Nik Junaidi dan saudari Alice. Terima kasih kami ucapkan kerana sudi berkolaborasi dengan The Others walaupun Cik Syahoney Kitty tak dapat hadir. Walaupun jauh tapi mereka masih gagah menekan pedal minyak untuk ke Rendevouz Place malam itu.
Kami telah memutuskan untuk touch n go ke sebuah rumah yang digelar 'Rumah Ampang' oleh Encik endi yg menjumpai rumah tersebut.
Seterusnya, kisah rumah ini bermula pada zaman kegawatan ekonomi di Malaysia pada era 90an. Rumah ini didiami oleh 3 org warga asing dan dipercayai ketiga-tiga mereka jatuh muflis dan telah menggantung diri mereka di dalam rumah tersebut. Rumah itu terus ditinggalkan dan terbiar sehingga kini, walaupun pemilik tanah telah mengiklankan tanah tersebut tetapi masih belum ada pembeli. Sama-sama kita ikuti perjalanan kami ke 'Rumah Ampang'
Gambar pertama yang diambil telah ada penampakan entiti |
The Others memulakan ekspidisi |
Rumah Ampang |
Setelah Selesai kami sambungkan dengan ke rumah doktor (sila lihat post Part 2)
untuk membawa The Kitty Gang sekali lagi.
1 komen:
kitty gang ni sapa?
Post a Comment