Monday, April 4

The Others: Mimaland The Story

Salam....
Satu hari penuh episod....
MIMALAND...

Pagi itu seperti dirancang, aku , Black Zidar dan Egro menjejak kesan peninggalan MIMALAND.

Kami bertolak tengahari, suasana sgt happy sbb misi yg ditunggu-tunggu dan dirancang sekian lama akhirnya terlaksana. The Others dapat mengorak langkah jauh lagi kali ini. kali ini sy akan menceritakan secara bergambar ikutilah jurnal ini...

12 LEBIH TGHARI
JALAN KL-BENTONG LAMA
MASIH MENCARI PNTU MASUK MIMALAND


















Setelah kami berhenti tanya org, baru kami jumpa simpang ke Mimaland.
So ini lah simpangnya. Di depan pintu masuknya tu ada satu rumah dan satu kedai makan dan juga satu rumah anak yatim Raudhah.
























Ini adalah kawasan hadapan dan pintu masuk utama Mimaland. Jalan masuk dari jalan besar lebih kurang 200 meter. Kawasan ini mmg dalam dan mendaki dan sgt hutan , kita bleh bygkan waktu malam mmg akan sgt seram.

















Kami tidak mahu tuliskan sejarah Mimaland dan urband legend tmpt ni kerana anda semua boleh dapat dari pelbagai site di internet. Kami cuma mahu berkongsi pengetahuan kami yg sebenar mengenai Mimaland semasa kunjungan kami.

Kisah di sebalik penutupan Mimaland

Mengikut sumber yg plg boleh dipercayai, mengikut peta Mimaland di kedua-dua hujung Mimaland, ada terdapat jungle treking dan camping site. Di bhgn atas, ada satu projek yg dijalankan oleh pihak ketiga. Sewaktu dlm tahun 90an, Mimaland mengalami 3 runtuhan yg mengakibatkan tragedi penutupan Mimaland.

Runtuhan pertama
Hasil dari projek peluasan kawasan hutan (dipercayai mereka menjalankan projek perumahan) dan cerita tentang projek perumahan itu terpaksa dirahsiakan bg menjaga pihak tertentu. Projek itu telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh yg menimpa kawasan Mimaland. Menyebabkan dinding tasik pecah dan tanah serta pasir membanjiri tasik. Kawasan tasik terpaksa dibaikpulih.

Runtuhan kedua
Beberapa ketika selepas runtuhan pertama, projek itu masih tetap dijalankan. Pada waktu hujan lebat, sekali lagi Mimaland telah dilanda anah runtuh daripada bhgn atas bukit. Ini dipercayai kawasan Mimaland menjadi ruang atau laluan air dan tanah yg runtuh dari projek berhampiran. Runtuhan ini telah menyebabkan byk kawasan dilitupi pasir dan tanah. Kawasan tasik terpaksa dibaikpulih sekali lagi memandangkan kawasan itu plg teruk dilanda tanah runtuh.

Runtuhan ketiga
Runtuhan ini telah menyebabkan hampir keseluruhan kawasan Mimaland ditutup pasir. Mengikut sumber, sehinggakan roboh chalet2 dan gelongsor2 air dengan tanah, Dinding tasik mendap dan runtuh menyebabkan tasik menjadi coklat, hanya di bhgn depan shj yg tidak teruk dilanda tanah dan pasir. Runtuhan ini yg plg besar dan mengakibat pihak berkenaan terpaksa menutup Mimaland kerana selain berhadapan dengan risiko tanah runtuh, mereka terpaksa menanggung kos yg tinggi untuk membaikpulih kawasan rosak. Mimaland juga berhadapan dgn saman mahkamah dari ihak aktivis alam sekitar kerana dituduh mengakibatkan kemusnahan semulajadi.

Implikasi
Setelah kejadian itu berakhir ada barang2 seperti patung binatang pra sejarah telah dipindahkan. Manakala yg lain terpaksa dibiarkan sehingga ke hari ini. Banyak pekerja diberhentikan terutama mereka yg menjadi penduduk tetap kawasan sekitar. Penduduk sekita juga hilang punca pendapatan dan pembangunan ekonomi yg terencat. Mimaland ditinggalkan begitu sahaja.


Info menarik Mimaland

  • Genting sehingga kini berhasrat untuk membeli kawasan Mimaland tetapi tidak mahu dijual nya oleh Magnum.
  • Pihak Magnum masih lagi menjaga Mimaland sebagai satu property mereka kerana 4 pengawal telah diletakkan untuk mengawal 24 jam dan dibekalkan dgn 4 ekor anjing pemburu.
  •  Pagar telah didirikan kerana untuk mengelakkan org awam mencerobohi kawasan mereka. Kerana mereka tidak mahu cerita-cerita negatif tentang Mimaland dibawa dari mulut ke mulut.
  • Ramai pihak yg terkena tempias dari kesan penutupan Mimaland terutama penduduk setempat.

Sehingga kini, hanya ii sahaja yg dapat dikongsikan dgn pembaca. Yang lain2 tu biarlah kami simpan sendiri.

Selamat tinggal Mimaland -


33 komen:

gegeh la buka blog ni.. ingtkn de cite penuh.. ermmm.. pcik din tuh sapa ye?? nama penuh dia?

tak dapat ambik gambar bahagian dalam mimaland ker? teringin nak tengok..

ada anjing 5 ekor bosar2 pulak tue.. risiko takut masuk sepital hehe tp klo ada peluang mmg kitorg nk pergi

kami dah p usha mimaland petang td dan planning nak msk ble2 mase before posa. bkn na cr psl, tp juz na wt research dan tgk sndri mcm mana keadaan dalam mimaland. :)

ramai yg nak tau pasal mimaland ni and korg dapat come up a very good issue

sesapa yg teringin nak bawa or ajak kami masuk ke dalam, sialakan...

Aduh..info tergantung gantung..

ada perkara yg kami tidak dapat siarkan demi menjaga hati penduduk setempat selain dari permintaan informer sendiri,,
kerana perkara yg terlibat sudah jauh dari bidang kami dan juga isu yg ingin kami ketengahkan.. ini bukan suratkhabar

Ayah sy penah cite mimaland ni tutup sbb ade kes warga spore yg mati dkt papan luncur air tu.

yeke..kamipun penah dgr juga citer tu

aku serius tertarik ngn misteri tpt ni...

semalam aku dh g dh...tp smpi pintu gerbang tu je....dh rase dh...aku g pn dh ptg...

Thanks info pasal mimaland...for information, tapak mimaland skrg telah dijual kepada salah satu developer di Malaysia. Now, dalam proses nak bangunkan balik kawasan tu, tapi bukan as a recreational park.

p/s : baru lepas balik Mimaland for site visit :)

leh gtau x lokasi tepat nk masuk ke mimaland??

Request, bongkarkan misteri disebalik mimaland ini

xleh ke kite mntk permission ntok msok?

entahlah nk tau gaks keadaan sebenar mimaland macmmna. best la citer ni.tapi jalannyer seramlah. ada che ponti ker kat situ???

permission tu agak impossible disebabkan pemaju tidak menganggap ini sebagai baby mereka. dan mereka dah penat melayan pelbagai isu berkenaan tempat ini.

tetapi hasil dari kembara kami, cerita2 hantu tu adalah agak jauh dati tempat ini sebenarnya. ianya lebih kepada isu setempat. kepada yg berminat nak tau boleh mengunjungi FB atau Forum kami di CARI kerana kami banyak mengadakan perbincangan dengan pembaca dan peminat kami di situ.

Glew... trgin glew nk msuk dn tgok sdqi tmpat tu... unik sgat... bersejarah btul tmpat to.. tp syang sbab phak lain tmpat tu tpksa dtutup.. klau x msti tmpat tu mjdi trikan plcong ke malaysiskan... hrap sgat brkspatan utk msuk dn rasainya..

Salam dan selamat sejahtera.. Info seperti diatas adalah benar sebenar2nya.. Saya adalah kaki memancing dan pengemar 4x4.. Baru2 ini telah masuk kedalam kawasan mimaland meliputi kawasan tasik, gelungsur air, dan kawasan air terjun.. Keseluruhan permukaan jalan sangat teruk dan telah ditutupi oleh tanah merah berpasir berikutan kejadian tuntuhan bukit dahulunya sehingga menutup habis jalan
berTAR.. Kawasan air terjun sangat dara walaupun sempit ditutupi pokok2 liar hutan.. Gelungsur air pula telah tiada dan kawasan tersebut juga dipenuhi pokok2 hutan dan lalang serta tumbuhan2 ber'AIR' sehingga sukar utk mempercayai ianya adalah taman tema berair.. Kawasan tasik juga sama, yang berbeza adalah warna air sangatlah keroh mengalahkan warna teh tarik kampung.. Hehe.. Jadi kami memutuskan utk memancing sahaja kerana permukaan jalan yg sgt teruk dan ketiadaan 'buddy' 4x4 utk melakukan kerja meredah kekawasan yang lebih dalam.. Nasihat kepada kaki explore, kawasan ini tidak sesuai utk keluarga dan 4x4 yang bukan 'middle-core' spec.. Sekian sahaja daripada saya..

alahai...dgar anonymous 20 october cter sdenyer...dulu kmain cntek lg tmpat ni!! tp skelip mata da jd hutan rimba!!! kuasa allah..tp cik noorkhamisah kte nk bgnkn majukn ye???? nk bgnkn ape ye??? share la n kte sme..

Faizal Hussin pernah gi Mimaland dlm filem Gila Gila Remaja. Mmg cantik tmpt ni di ketika dulu

Sapa nk follow mggu dpn sabtu

dah penah naik pukul 12 mlm ke atas zaman belajar dlu.. sekarat jalan nak naik dah satu group anjing follow kitorng. seram je rasa patah balik n bersembang dengan org kg kat pintu gerbang tu. mcm mcm crita dpt dengr :)

dah penah naik pukul 12 mlm ke atas zaman belajar dlu.. sekarat jalan nak naik dah satu group anjing follow kitorng. seram je rasa patah balik n bersembang dengan org kg kat pintu gerbang tu. mcm mcm crita dpt dengr :)

Salam, scr off record, leh x sy nk tau detail mengenai kish penutupan mimaland ni. Just untk pengetahuan sy sendiri. Tetiba mcm mnarik plak...

Bnyak sbenarnya kenangan kt mimaland ni dri thun 80an hngga lh kli terakhir bermlm di motel thun 1993..baru terfikir nk Google ttg kisah mimaland teringat blk kenangan msa tu....
Lgi mnarik klu di jadikan filem

Jom join jamboree mtb mimaland weken mggu ni.. boleh usha2 ramai2 heheh

Kenapa tknk cite sepenuhnya? Saya nk tau sebb die mcm menarik untuk dengar

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...