Artikel oleh Surfinv
Foto oleh Ergoproxy dan Leeluv
Foto oleh Ergoproxy dan Leeluv
Salam, pada edisi kali ini, The Others mendapat maklumat dari ceempaka yang telah sudi mengiringi kami untuk penjelajahan kali ini. Jelajah kali ini telah disertai dengan semua ahli The Others, ini telah menambahkan keterujaan kami untuk melakukan Explorasi Alam Sakti (Magical Scene Exploration).
Explorasi kali ini bertempat di Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur. Seperti biasa kami mengadakan taklimat ringkas sebelum pergerakan ke destinasi terpilih pada malam itu. Tujuan kami adalah ingin meninjau sebuah pangsapuri (apartment) kosong yang masih belum diduduki di kawasan itu.
APARTMENT SRI HIJAUAN
Inilah nama tempat yang kami jejaki, melalui maklumat seorang forumer di Cari.com kami mengorak langkah ke Alam Sakti seterusnya.
TRIVIA
Mengikut maklumat, apartment ini telah siap tapi masih belum dihuni berikutan tiada kelulusan CF daripada pihak berwajib. Lantaran itu, apartment 10 tingkat ini masih sunyi dan sepi walaupun tersergam di hujung kawasan penempatan baru Ukay Perdana.
SEJARAH
Ukay Perdana merupakan satu penempatan yang terletak di Ampang, berhampiran dengan susur masuk ke Kuala Lumpur dan dibangunkan oleh Ukay land sdn bhd. Kawasan penempatannya terdiri daripada beberapa buah apartment dan rumah teres bertingkat, antaranya Blossom Ville, Sommer Ville, Sri Hijauan dan bangunan perniagaan Spring Ville.
Apartment Sri Hijauan merupakan sebuah apartment 3 bilik dan 2 bilik air, dibina dengan keluasan 820 ekar serta dilengkapi dengan Dewan Serbaguna dan Pengawasan 24 Jam. Dahulunya, kawasan ini adalah hutan di persisiran Bukit Antarabangsa dan kini ianya telah dibuka kepada orang ramai untuk penempatan baru di kawasan sekitar.
Cukup untuk pendahuluan, kita berhenti disini, antara sebab-musabab The Others melakukan penjelajahan disini adalah kerana kurangnya kos (kerana dekat dgn kawasan kami) dan kami tidak mempunyai fund untuk melakukan tinjauan ke tmpt yg jauh, kami minta sesiapa yg prihatin atau yg ingin menjemput kami ke tmpt mereka sudilah kiranay menghulurkan sebarang dua bantuan terutama dlm bentuk kewangan yg perlu kami gunakan untuk kegunaan pengankutan dan komunikasi.
Antara sebab dan cerita urban legend setempat adalah penampakkan CIK PONTI berterbangan ibarat lelayang, penampakan PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG MENGGENDONG ANAK di kawasan apartment, penampakkan SWEET di kawasan belakang apartment dan bunyi-bunyi menyeramkan.
Seterusnya lihatlah melalui jurnal ekspidisi The Others.
Malam ketika kami tiba bersama Ceempaka, sebelumnya kami dibawah ke kawasan tadahan hujan disebelah bawah tapi ceritanya akan disusuli selepas ini di part 2. Setelah sampai di depan post guard, kami berasa sedikit hampa kerana tidak dapat masuk namun Endi pergi bejumpa dgn pengawal yg ada distu untuk meminta kebenaran, dengan PR yg dilakukan, kami Berjaya mendapat kebenaran masuk tetapi diiringi dengan suara-suara sumbang. Antaranya ;
“Kami tak bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berlaku, semuanya diatas tanggungan encik sendiri , okay?”
“Didalam ni mmg ‘ada’ dan mmg ‘keras’ jadi persoalannya berani ke? Sanggup ke?”
“Tak payah pergi jauh, blok depan ni pun cukup, tu pun klo berani la”
Mungkin rupa paras kami tidak kelihatan seperti Seekers, Mistik alam Hitam, VAMP, kumpulan pencari hantu sampai kami dipandang rendah sebegitu rupa. Taraf kami Underdog tapi itu semua tidak mengapa, alah bisa tegal biasa kerana kami telah diajarkan dengan perasaan merendah diri dan bersabar jadi itu semua tidak menjadi penghalang. Kami masuk dengan bisikan Bismillah..
Sejurus kami selesai taklimat dan perancangan kumpulan, Ceempaka menawarkan diri untuk tinggal walaupun risikonya lebih tinggi tetapi berbekalkan semangat dan pengalaman di KLCC, beliau sanggup melawan walaupun saya mempunyai sedikit slight concern terhadap keputusan itu. Bukan mahu menggalakkan dia masuk tetapi soal keselamatan wajib menjadi perkara pertama yg perlu dipatuhi, meninggalkan rakan sekumpulan berseorangan ibarat kaki melangkah kasut tertinggal hmm sungguh ironik perumpamaan yang diberi oleh saya.
Saya hanya mampu berdoa semoga ceempaka dalam keadaan sediakala apabila sekembalinya kami dari misi itu. Barisan The Others malam itu, (perlu saya terangkan untuk mengelak salah sangka) Endi-Leader, Surfinv-Scanner, Ergoproxy-Photographer, Black Zidar-Wheelman, Leeluv-2nd Photograhper dan Ceempaka-Guest. Sejurus langkah pertama kami mendekati Blok pertama berhampiran TNB, selesai Endi memberi kata dua kepada ‘mereka’ kami masuk dan seolah-olah tidak mula menyelami perasaan asing, perasaan alam sakti yang terasing dari dunia nyata. Berhampiran kawasan itu juga, sudah ada perasaan dan ‘benda’ yang mula mendekati sehinggakan endi dan ergo sudah dapat mengagak.
Perjalanan pada permulaan begitu mendatar, kami hanya berjalan terus dan berlagak seolah-olah tiada apa yg menghampiri kami, walaupun bayangan apartment itu seolah ingin menelan kami berlima. Kami masih mengekalka formasi berkumpulan dengan surfinv bertindak sebagai Last Man dan setibanya kami di Blok yg kedua dan melewati ke kawasan dewan, endi terus mengagak dan mendapat kawasan spot ntuk kami mula mengambil gambar, pada waktu ini, ergo terus melakukan tugasnya menangkap seberapa banyak gambar mengikut nalurinya dan arahan dari surfinv dan juga endi, kami menjelajah sehingga ke atas Swimming Pool, Surau dan belakang di kawasan semak.
Kami berpecah sementara endi membawa black pergi mengagak spot yg lebih tepat smbil ergo terus menekan picu kamera dan surfinv mengawal kesemua yang berada didepan mereka dan membiarkan leeluv cuba merasai dan menyelami keadaan semasa itu. Selepas seketika, kami berganjak ke blok kedua, disini kami memilih untuk berpecah kepada dua unit, endi,ergo,black melalui kawasan semak di belakang blok sehingga ke pertengahan blok manakala surfinv dan leeluv melalui jalan didepan blok menuju ke blok pertama. Sewaktu surfinv dan leeluv berjalan, surfinv merasakan nafasnya sesak dan berat beerti kedatangan ‘benda’ itu dalam kuantiti yg byk dan unit yg lain terus bergerak sambil mengamati pergerakan semasa ‘benda’ berkenaan.
Selepas itu kami bercantum semula di pertengahan blok dan bergerak bersama masuk ke tengah lorong blok pertama, masih lagi dlm posisi dan bergerak selari (bukan seperti bersiar-siar) didalm lorong ini sememangnya kami dapat merasakan aura keseraman tetapi kami tetap teruskan pergerakan dan rakaman berlangsung disepanjang perjalanan. Sewaktu tiba di salah satu pintu rumah di pertengahan lorong endi memberhentikan kami kerana rumah disebelah kiri telah menampakkan sesuatu kelibat.
Kami teruskan perjalanan sehingga ke hujung lorong berkenaan dan padan ketika ini secara tidak sengaja, kami berbaris dalam barisan melintang dan meninggalkan formasi asal. Surfinv yg terperasan cuba menoleh ke belakang dan dikejutkan dgn satu kelibat, lantas picu kamera ditekan sambil kamera dihalakan ke belakang oleh ergo. Endi pula memberitahu didepan kami di atas tingkap berhadapan dgn kami, kelihatan kelibat dan muncuung kamera dihalakan ke situ pula.
Setelah itu kami terus beredar dan keluar dari kawasan apartment kehijauan tersebut. Hati lega bercampur riang kelihatan di wajah ceempaka yg menyambut kami dengan senyuman, walaupun letih beliau memberitahu kami sudah pergi hampir setengah jam. Setelah mengucapkan terima kasih kepada ‘pasukan pengawal keselamatan’ kami pun beredar ke Ali Maju untuk post mortem terakhir. Berakhirlah Kembara ke Ukay Perdana.
Inilah gambar-gambar yang dapat kami kumpulkan :
Adakah di sudut atas adalah Orb? |
Kawasan TNB tempat kediaman SWEET? |
Black Zidar sedang memerhatikan sesuatu |
Penampakan orbs |
7 komen:
terbaik...tpi ley x terangkan pe sebenarnye dimksudkan "OBS" tuh...kurg jelas la...anyone can explain please..=)TQ..
Orbs tu leh goggle pe maknanya kt internet...
dia ada unsur tenaga sebelum bentuknnya hantu
Wah popular la Apartment Sri Hijauan, sekarang Apartment ni dah jadi tmpt kediaman bagi pelajar-pelajar perempuan sebuah kolej swasta. Aku pernah datang ke sini, dulu pernah kecoh dengan kes histeria dan rasuk. Kalau nak tau spot tempat yang aku rasa 'berpenghuni' adalah dkt tingkat atas sekali di setiap blok, di tmpt parking berdekatan dgn pondok TNB dan tmpt parking di bawah kolam renang. Benda tu memang ada.
dekat dengan rumah aku ni bro, sebelah je. aku pun ada story jugak, masa rumah tu dah siap tapi tkde orang duduk aku terdengar bunyi orang mencangkul pkul 2-3 pagi sebab masa tu aku tak tidur lagi (yela cuti sem duk rumah kan). boleh kata 3 malam straight aku dengar bunyi tu. kalau fikir logik mana ada orang nak mencangkul pagi2 buta.
mmg apartmen ni byk ceritanya.. tapi malangnya kami tak dpt capture kisahnya sewaktu mengunjungi tempat ni
Maaf tumpang tnye ape maksud SWEET tue ea?? Sorry bdak baru nk blajar..
Kita berkongsi tempat,kita bertubuh kasar dia bertubuh halus
Post a Comment