Salam para pembaca...
Belum terlambat untuk kami ucapkan selamat tahun baru 2012.
Dengan tahun baru yang bakal memberikan lebih banyak cabaran, kami berharap segalanya makin lancar
untuk kami terus memberikan yang terbaik.
Ok. Post kami ini bukanlah berkisar tentang penjelajahan kami tapi berkisar tentang segala analisa dan pengalaman yang telah kami kutip sepanjang tahun 2011. Kami akan bawa anda menyoroti penjelajahan kami bermula dari jejak yang pertama sehingga sekarang. Di post ini kami akan letakkan gambar-gambar dan cerita ringkas untuk kita menyingkap kembali penjelajahan sebelum ini.
Kita pergi ke tempat pertama yang kami jejak, tempat ini seperti telah menjadi 'trademark' kepada kami.
Cerita yang paling diminati di blog kami dengan ribuan pautan dan berkedudukan pertama dalam senarai paling popular, apa lagi kalau bukan HIGHLAND TOWERS. Kisah yang senantiasa menarik hati pembaca untuk mengetahui tentangnya.
Antara pengalaman menarik di Highland Tower
(seperti yang diceritakan di forum Cari.com.my)
"Pertama kali kitorg pergi adalah beberapa tahun yg lepas, kami pegi 3 org.. sesampai shj di sana ada 2 grup lagi pun melakukan tinjauan juga, satu grup india campur cina, satu grup lagi dak2 melayu muda. waktu smpi grup dak melayu nk naik tp tak brani, kitorg just nk tgk je... bila smpi grup india+cina baru je turun dorg ada dlm 10 org, dorg kata bosan takde paper... tak seram langsung... seperti biasa anjing kat tepi rumah pertama tu menyalak tak igt dunia....tepat jam pukul 4.15 am... kami mendengar suara azan, kami berpandangan tetapi tak perasan paper... sbb sorg cina yg cakap tak seram tu dia trus je kata pas dia dgr bunyi azan tu. dia kata "dah subuh, antu melayu dah balik, marilah kita balik..takde apa lg" kitorg pun semacam akur sbb yelah dah subuh antu ape yg ada... wlopun masing2 tgk jam tak sampai subuh tp cam tak percaya dgn jam... and yg peliknya lagi... azan tu bermula dari "Haiyya Alas Sollah" dan tak habis pun.. nasib baik aku memberi perhatian pada azan tu.. azan tu sayup2 je...dan dtg dr arah tapak block 1 yg runtuh tu,.. knp aku memberi perhatian kerana setahu aku dr arah tu mana ada masjid...dan klo azan tu dtg dari masjid luar yg dekat flyover tu (masjid lembah keramat) agak tak logik kerana arah azan tu dtg dari arah bertentangan sedangkan blakang HT ni bukit...aku tak bg perhatian pada jam kerana aku suka cepat2kan jam hp aku so aku sendiri tak pasti waktu tu kul bpaer... so kitorg pun bersurailah dek kerana azan tadi,... sesampai aku di kawasan lepak kitorg... baru aku terperasan yg sebnarnya masih awal lg kerana jam baru pukul 5 lebih... sedang kami menunggu, kedengaran azan subuh...aku cakap dggn dorg, inilah kali pertama aku dgr azan subuh 2x..
Urban Legend
Mengikut cerita2 org lama yg aku dptkan, HT sebelum dia runtuh, dia tertimbus sehingga ke tgkat 2, dek kerana tanah yg jerlus dan mendap... kemudian tower tu slowly collapse, that is the scene that give more thrilling to others yg tgk dari 2 block lagi tu...waktu block satu tu dah hampir senget, secara tiba2 ada sorg pakcik ni mengazankan block 1 tadi menyebabkan block tu hold dulu seblum collapse terus"
Imej entiti "makcik bertenggek" |
Imej "Orb berbentuk magician" |
10 komen:
nice inormation
This site is really different than a typical paranormal...keep it the good job!
tq for read
Tempat2 ni yang korg sumer dah pergi? kire macam list la? pergh banyaklah macamtu tempat yg korg dah gi ek.. bagus2..
ye la macam list la tp ada lagi ntikan ok
untuk pengetahuan korang...azan subuh 2x menjadi kebiasaan di sesetengah tempat...azan yang pertama 2 untuk mengejutkan orang dari tido untuk bersiap2 pergi ke masjid...azan kedua 2 baru la azan subuh yang sebenar...
Memang ada sesetengah tempat azan subuh 2x. 1 untuk mengejutkan org dari tido. Kebiasaan nya azan pertama tiada alunan dan tidak sampai habis.
Azan subuh 2 kali tu biasalah pada sesetengah tempat. Terutama di makkah. Azan pertama dilaungkan awal sebelum masuk waktu, tujuannya untuk membangunkan orang. Azan yang kedua tu baru azan menunjukkan dah masuk waktu subuh. Apa raa, itupun pelikke?
terima kasih, atas rujukan yang diberi...
penjelasan utk isu itu... kami tidak mendengar sebarang azan yang berpunca dari masjid, namun azan itu jelas kedengaran dari tapak runtuhan.
mmg btol ada sstgh tmpt yg bese azan 2 kali..tp ni mslhnya range drp azan pertama ngn yg ke-2 tu amatlah jauh bbenor..hahaha
Post a Comment