Monday, May 9

The Others: Kembara KL [ Part 1 ]

Salam

Kembara KL

Edisi kali ini agak spesel skit kerana kami decide untuk TnG pelbagai tempat di kl dalam satu malam. Ini kerana kami tidak dapat mencari maklumat penuh untuk kesemua tempat dan kebanyakannya not accessible.

Jadi, kami sempat pergi ke beberapa tempat yang seringkali diceritakan oleh org. Nak tau ke mana? baca kisah seterusnya...
















Kembara Kuala Lumpur

Pada edisi kali ini, kami menjelajah ke sekitar kuala lumpur untuk memerhatikan tempat-tempat yang berpotensi dan belum dilihat oleh kami.

Malam itu kami memulakan sesi taklimat di base baru kami yang digelar RGK.

Setelah semua hadir, kami memulakan sesi taklimat untuk mengatur posisi dan sedikit penerangan mengenai tempat yg bakal kami pergi nanti. kali ini kami disertai oleh saudara man, kenalan endi yang ingin turut serta menjadi guest untuk kembara kali ini.

Sesi kembara kali ini hanyalah sesi touch and go kerana tempat2 yg kami pergi tidak dapat dipastikan samada accessible or not. Jadi saya ceritakan serba sedikit mengenai barisan ahli yang menyertai ekpidisi.

Endi - Leader
Ergo - 1st photographer
Man - Guest / 2nd scanner
Ash - Audio / 2nd wheeler
Surfinv - Video / scanner
Leeluv - 2nd photographer
Black - Wheelman
Ulil - Lastman

Ok, jadi tempat pertama yg kami pergi adalah di kg pandan. Di sini, kami telah pergi sebuah tangki air yang menjadi buah mulut penduduk tempatan mengenai penampakan cik pon dan juga sweet selain selalu mendengar bunyi-bunyi yg menyeramkan.

Jadi ikutilah touch and go pertama kami, tangki air Kg Pandan.

Tangki Air Kg Pandan

Sampai sahaja kami di sini pada pukul 2 pagi, tetapi kerana ini adalah kawasan penduduk jadi hanya 5 org sahaja yg pergi ke kawasan itu yg lain tinggal di kereta. Jadi sewaktu pergi cuma Ulil, ash dan black yang menunggu di tempat letak kerete.

Kami menangkap beberapa gambar dari luar tangki air berkenaan dan selepas habis sahaja kami mendengar suara berbisik dari dalam semak berhampiran. Selepas itu kami pergi ke bhgn belakang tangki untuk mengambil beberapa gambar lagi. Tetapi kesemua gambar yang diambil blur and tak jadi.

Penjara Pudu

Setelah itu kami pergi ke tapak bekas Penjara Pudu ibu negara. Lebih kurang pukul 2 pagi kami sampai di pintu hadapan Penjara Pudu yang masih belum dipecahkan. Masih ada beberapa blok yg belum lagi di robohkan. kami cuba mengambil beberapa gambar dari bhgn luar dan sudut2 yg sukar. Ini beberapa gambar yg sempat kami rakamkan.


Tahun yang tertera di pintu Penjara Pudu




Beberapa blok yang masih ada




Sebahagian bangunan penjara
Saudara Ulil di Penjara Pudu



















































Setelah itu kami bergerak pula ke Rumah Melaka. Di dalam forum cari, ada beberapa thread yang menceritakan perihal rumah berkenaan. Kami cuba mencari dan melihat keadaan rumah berkenaan.


Rumah Melaka














Suasana di sekeliling jalan di lokasi berkenaan memang sunyi dan menyeramkan. kami lihat pintu utama Rumah Melaka terbuka luas. walaupun ada post guard di pintu berkenaan tetapi memang Rumah Melaka itu tidak ditutup. Dengan mudah sahaja kami boleh masuk ke kawasan berkenaan tetapi kami tidak mahu mengambil risiko lain. jadi kami hanya pergi sampai ke pintunya sahaja.

Beberapa gambar yg kami tangkap dari kawasan luar rumah berkenaan.
























Seperti biasa jika korang ada sebarang pertanyaan, kemusykilan atau request nak kitorang explore mana-mana tempat sekitar KL boleh tulis di ruangan komen yer. Sekian explorasi kali ini. Nantikan Kembara KL part 2 yang kami akan post dalam masa terdekat.

25 komen:

try pergi bangsar. ada satu villa kosong. dieorg panggil Villa MamaPapa. and byk gak dengar cerita-cerita dr mulut org. Dekat dengan LRT Bangsar

korg xnk try g ulu yam ker?? sane gempak gak dgr cite...

rumah2 kt area pusat kraf pn horror jgk tu...try la..

ye kot...huhu...kt situ kn byk rumah2 lame kn...

tapi takde nampak paper yg suspicious pun

ye ke...situ kn byk rumah tgal...mesti ad punye...cume rare ke x la penghuni nye...hahaha....

ooo kalau tempat tu ada cerita .... kami mesti sampei punya

oooo....klu g nnt,sampei kn la ceritanye ye....

klo ada cerita baru kitorg pergi.. malas nk men redah je rumah mana2 kosong.. rumah baru siap pun kosong juga

hahahaha....tp rumah tu rumah tgal...besar...bese la kt situ kn kwsn istana hingga...

baiklah kami akan masukkan dlm senarai menunggu huhu

Cuba Ke bangsa jalan turi n jalan bilis. Ade rumah tinggal agak menyeram kan... Cuba survey duLu sgt teruja menunggu.

azie... jalan turi dan jalan bilis tu sudah pun disiasat. tiada apa yg tak kena dgn rumah tu cuma itu rumah yg constructions tak siap.. lgpun takde jalan masuk kerana tiada tangga dan ajaln bersemak samun.

rumah melaka tu kat kawasan mane?leh bgi alamat?

Broo . Try rumah "seven sister" dkt ukay perdana

KAT MANA TU BARD, APA CITERNYA?

Salam bro
mei la mari kat bukit bauk dungun
tempat ni sbnarnya tempat rekreasi/joging
dulu2 org tua ckp rmai buang 'benda2' kat sini
yg pling byk org nmpk kelibat lembaga hitam yg tetiba muncul bila org amik gambar ( ad dlm gambar tu )

This comment has been removed by the author.

bro saya cadang kan dekat hostel usang bangi setakat ni tak de lagi cerita pasal hostel tu sbab tak smpai 10 tahun lagi kene tinggal lagi satu memang seram gila dah lah mcm terpinggir tempat dia lepastu depan hostel tu ada kubur saya dengan team saya dh pernah masuk hostel tu memang usang gila ada 5 blok dan pokok2 banyak sangat kat dalam tu semak banyak gila lagi satu kalau nak masuk biarlah atas 15 org sbab tempat tu terlalu.besar untuk bawah 15 orang sbab memang besar bro

bro saya cadang kan dekat hostel usang bangi setakat ni tak de lagi cerita pasal hostel tu sbab tak smpai 10 tahun lagi kene tinggal lagi satu memang seram gila dah lah mcm terpinggir tempat dia lepastu depan hostel tu ada kubur saya dengan team saya dh pernah masuk hostel tu memang usang gila ada 5 blok dan pokok2 banyak sangat kat dalam tu semak banyak gila lagi satu kalau nak masuk biarlah atas 15 org sbab tempat tu terlalu.besar untuk bawah 15 orang sbab memang besar bro

bro saya cadang kan dekat hostel usang setakat ni tak de lagi cerita pasal hostel tu sbab tak smpai 10 tahun lagi kene tinggal lagi satub memang seram dah lah depan dia ada kubur saya dengan team saya dh pernah masuk hostel tu memang usang gila ada 5 blok dan pokok2 banyak sangat kat dalam tu semak banyak gila lagi satu kalau nak masuk biarlah atas 15 org sbab tempat tu terlalu.besar untuk bawah 15 orang sbab memang besar bro

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...