Monday, June 20

The Others: Kembara Rumah Misteri Kajang bersama MobTv [ Part 2 ]

Ralat: Bahagian kedua menceritakan sambungan penjelajahan kami
ke kawasan deretan rumah terbiar di bahagian bawah selepas dari kawasan perkuburan

(saksikan rakaman Rumah Misteri Kajang didalam rancangan 30 Minit di laman web MobTv.my)

Rumah Misteri Kedua

 











Sewaktu di luar rumah tersebut, kami meninjau ke kawasan belakang dan di tepi semak berhampiran. Memang keadaan terlalu sunyi dan sepi.
Bayangkan kawasan rumah kedua yang dikelilingi oleh pokok-pokok hutan dan semak samun yang meninggi hingga pandangan dari luar sama sekali tidak akan dapat melihat kami.

Gambar-gambar di rumah kedua

Rumah tersebut sebelum kami masuk

Endi bergerak masuk sambil dirakam oleh krew MobTv

























Dan ini adalah sebahagian dari shot terbaik kami.

Shot terbaik dipintu masuk denai ke rumah kedua













Shot di sebalik rimbunan semak

















Gambar di sekitar rumah
























Dan gambar-gambar di bahagian dalam


















































Koleksi ini adalah yang terbaik selepas disaring oleh kami.
Kebiasaannya ada sehingga 200 - 400 shot yang kami
ambil untuk setiap lokasi.

Seterusnya kami beralih pula ke satu deretan rumah tinggal.

Deretan Rumah Tinggal













Jam 0300
Kami berbincang untuk pergi ke kawasan rumah di sebelah dalam.
Setelah itu kami bergerak menaiki kereta ke sebelah
dalam kawasan tersebut, selepas dari kawasan perkuburan itu
terdapat sebahagian deretan rumah terbiar.

Ada kira-kira tujuh buah rumah teres dua tingkat yang telah ditinggalkan.
Suasana di situ amat gelap kerana hanya ada beberapa lampu jalan sahaja disitu.












Gambar tangga yang sinonim dengan kembara kami













Kami berpecah kepada dua kumpulan kerana kawasan itu sempit dan
dikhuatiri tidak kukuh. Kumpulan yang di ketuai oleh endi masuk ke dalam
rumah dan kumpulan yang di ketuai oleh surfinv berjaga di bahagian luar.

Kumpulan Endi

Berikut cerita mereka...
"Pada mulanya semasa sampai perasaan kami bercampur-baur. 
Dengan masing-masing memandang ke hadapan kawasan yang gelap-gelita serta rumah di sebelah kiri yang kelihatan samar-samar dalam malam yang pekat itu. Semasa sampai di hadapan deretan rumah tersebut, sahutan anjing yang menyalak membuatkan kami terhenti seketika untuk melihat jikalau adanya anjing liar yang berkeliaran di situ. Namun setelah memerhatikan keadaan sekeliling, kelibat anjing tidak kelihatan. 

Kami meneruskan perjalanan untuk masuk ke rumah yang pertama. Keadaan rumah yang usang serta tidak dijaga sedikit sebanyak memperlahankan perjalanan kami kerana terdapat banyak kaca yang pecah serta kayu yang usang. Rumah pertama serta rumah kedua yang dimasuki tiada tanda terdapatnya sesuatu manakala perasaan kami semua masing-masing kembali seperti biasa. Setelah tamat menjelajahi rumah kedua,

Kami bercadang untuk keluar kerana keadaan rumah-rumah kosong itu bahaya dan dikhuatiri kami terpijak benda-benda tajam dan rapuh serta tiada apa-apa pun yang menyeramkan berlaku. 
Lalu kami keluar semula kepada kumpulan Surfinv dan kami berbincang tentang pergerakan seterusnya."

Endi The Leader











Babak Penggambaran


































Kumpulan Surfinv

Berikut cerita mereka...
"Kami telah berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan kami menunggu di luar rumah bersama seorang photograper dan cameraman. Kami memerhatikan sekitar kawasan yang sunyi dan gelap itu. Lolongan anjing yang sayup itu menemani kami. Keadaan deretan rumah itu sangat menyeramkan dan kelihatan tidak menyenangkan. Dari tempat kami menunggu, kami dapat melihat hingga ke hujung deretan rumah tersebut, bunyi lolongan anjing itu dari situ, seakan ada sesuatu disitu menunggu kami dan seperti mengalu-alukan kedatangan kami ke sana.

Sesekali didalam kepekatan malam itu dan hanya cahaya bulan yang samar-samar itu seperti melayarkan bayangan entiti dan gemersik angin malam seolah meniru suara bisikan-bisikan suara seram namun kami telah dilatih sebelum ini, sebarang gangguan kecil seperti itu hanya akan membuatkan kami lebih berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan. Kami perlu sentiasa bersiap-sedia sepanjang masa, itulah antara peraturan yang kami gunakan demi menjaga keselamatan kumpulan.


Setelah beberapa lama, kumpulan Endi turun semula dan bergabung kembali. Kami memutuskan untuk pergi juga sampai ke hujung rumah tersebut dan dimana keadaannya lebih menyeramkan dari kawasan di hadapan tadi. Namun kami tidak akan berasa terganggu kerana perkara tersebut, memberanikan diri dalam keadaan takut dan tertekan adalah perkara biasa yang kami hadapi di setiap kembara kami."


Surfinv The Scanner






















Shot dari hujung rumah














Rumah terakhir yang kami masuki pula kelihatan lebih seram kerana banyak pokok-pokok liar dihadapan rumah serta keadaan yang gelap tanpa cahaya lampu jalan. Semasa memasuki rumah terakhir, lolongan anjing semakin kuat dan kami terpaksa beredar kerana merasakan anjing tersebut ingin memberikan amaran kepada kami walaupun kami hanya sempat berada di kawasan bawah rumah berkenaan. Keselamatan haruslah diutamakan, Alhamdulillah, kami dilindungi Allah S.W.T. sepanjang penjelajahan kami dan sekali lagi kami dapat berkongsi pengalaman kami bersama para pembaca.

Kira-kira pukul 5 pagi kami bergerak balik semula ke Kuala Lumpur dan kami terus menuju ke RGK (base kami) untuk post-mortem dan disana SDF77 (forumer) telah pun menunggu kami.

Kami Pulang













Di RGK kami diberitahu oleh krew MobTv bahawa satu lagi shot terakhir untuk rancangan itu nanti akan dibuat di RGK.

Apakah shot tersebut? nantikan cerita "Di sebalik Tabir" di post kami yang berikut. Jangan lupa ikuti kami di www.mobtv.my untuk menyaksikan rakaman kembara kami kerjasama daripada MobTv.

Sekian terima kasih.


Di kesempatan ini, kami ingin berterima kasih kepada En. Nizam dan semua krew MobTv, cameraman, produser yang sudi turun dan mengikut sesi kembara kami. Tidak lupa juga kepada The Kitty Gang yang membantu untuk pencarian lokasi dan Sdf77 yang sudi menyertai post-mortem kami dan juga tidak lupa terutama kepada para pembaca di blog kami dan juga pembaca di forum cari.com.my dan followers blog.

8 komen:

nk tyer la...bende ape kt pic last sekali ni...tol2 kt tiang tuh...mcm ade bende putih...komen ckit en.sham...hehe

aisehmen ko ni nampak ajer..

hehehe!ternmpk la....tu pon draft scanning......hihi

salam...
sape2 yg nk tgok pic yg telah di analysis...ley g kt link ni...

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=531578&extra=page%3D2&page=60

mob tv pkr pye ke? mcm mob lantai bunyi kah kah kah

K a w a s a m R u m a h T e r b e n g k a l a i T u D a h B e r p u l u h T a h u n T e r b i a r .. S a m p a i S k r g M a s i h A d e R u m a h T u .. K o w a n g T a k J u m p a M a t P e t L a k E r k K a t D l m T u .. S b b R u m a h T u D u l u , S a r a n g D o w a n g L e p a s k a n G i a n ... =)

woww,,,nak tengok juga keadaan tempat tu.

saye da masuk da dekat rumah yg hujong sekali . time tu saye dgn 2 orang kawan saye buat photoshoot dalam rumah hujong tu . seriously , rumah hujong paling seram .

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...